Hai uolls! Mommy Jay tahu, memiliki cahayamata adalah satu episod gembira dalam perjalanan hidup seorang wanita. Tapi ramai yg tidak sedar dalam kegembiraan itu ada tanda-tanda masalah kesihatan yg tidak patut diambil ringan.
Iya, Mommy Jay nak cakap pasal meroyan atau kemurungan posnatum (postnatal depression). Biasa dengarkan, tapi berapa ramai yg ambil tahu tentang masalah ni terutama sekali ibu-ibu muda kat luar tu.
Ini yang ibu-ibu terutamanya pada yang baru melahirkan anak pertama perlu tahu.
Meroyan selalu disalah tanggap sebagai baby blues. Walaupun simptomnya lebih kurang sama, baby blues boleh diatasi dalam masa beberapa hari kerana ia disebabkan oleh perubahan hormon dalam badan selepas melahirkan. Berbeza pulak dengan meroyan kerana ia adalah satu penyakit. Ia tidak akan sembuh tanpa rawatan yg betul.
Apa tanda-tanda yang saya menghidapi sakit meroyan atau kemurungan posnatum?
Tanda dan simptom adalah berbeza bagi setiap ibu. Tetapi kebiasaannya kita akan merasa satu atau lebih dari perasaan dibawah dalam satu-satu masa dan perasaan itu tidak reda atau pulih dalam jangka masa yg lama.
- perasaan putus asa;
- bersalah;
- amat letih;
- muram;
- sering menangis;
- sunyi;
- gelisah;
- terperangkap.
Lazimnya, ia berlaku apabila umur bayi antara empat hingga enam minggu, tetapi ada kalanya ia bermula beberapa bulan selepas melahirkan. Kegembiraan menjaga bayi berubah secara perlahan dan berterusan.
Apa yang menyebabkan meroyan atau kemurungan posnatum?
Sebab sebenar meroyan masih tidak diketahui. Namun ramai berpendapat ia mungkin disebabkan perubahan hormon dan reaksi kimia dalam otak. Ada kalanya, perkara harian biasa sahaja boleh terasa terlalu membebankan. Keadaan seperti dibawah juga boleh memburukkan keadaan:
- Kemurungan atau masalah sakit mental terdahulu, atau kemurungan semasa kehamilan.
- Suami yang kurang menyokong, atau tidak mempunyai keluarga atau rakan-rakan yang tinggal berdekatan.
- Masalah kewangan, kerja atau hubungan.
- Kelahiran yang rumit dan masalah kesihatan yang menyusul selepas itu.
- Mendapat bayi yang dilahirkan pramatang atau tidak sihat.
- Sukar untuk menyusu badan.
- Teringat ingatan-ingatan sedih seperti kematian.
Pada ibu-ibu muda kat luar tu, Mommy Jay nak pesan. Tak salah kalau kita mengaku bila ada masalah atau rasa macam ada tanda-tanda kat atas tu. Itu tak menjadikan kita ibu yang tidak baik. Lebih awal kita atasi simptom meroyan, lebih cepat bantuan dapat diberikan. Jangan tunggu dah melarat baru nak cari ubat. Dengan pertolongan yang tepat, kita boleh pulih.
Kredit gambar utama: Unsplash.com