Berpoligami tidak salah. Yang salahnya bila mahu berpoligami tetapi sampai menzalimi isteri dan anak-anak. Sekarang ni memang selalu sangat kita baca kes berkenaan dengan poligami, curang sehingga meruntuhkan institusi kekeluargaan.

Kalau korang nak tengok macam mana kejamnya seorang suami boleh bertindak kepada keluarnya, korang boleh tonton folem The Stoning of Soraya M.

Berdasarkan kisah benar, Soraya dituduh berzina oleh suaminya sendiri hanya kerana si suami mahu berkahwin baharu dan tidak mahu menunaikan tanggungjawab memberi nafkah kepada Soraya dan anak-anaknya. 

Kesannya, Soraya dihukum rejam sehingga mati. Mayat Soraya kemudian dibiarkan di kawasan beliau direjam sehingga dimakan anjing liar sebelum ibu saudaranya, Zahra datang untuk mengebumikan mayatnya.

Korang akan beremosi bukan sahaja melihat bagaimana tergamaknya seorang suami bertindak kejam hanya kerana nafsu, tetapi juga melihat kesungguhan Zahra membongkar kekejaman dan mencari keadilan untuk Soraya. 

Untuk pengetahuan korang, filem ini sebenarnya diadaptasi pada tahun 2009 daripada buku tulisan seorang wartawan perang dari Perancis yang kemudiannya dialih bahasa ke Bahasa Inggeris dengan tajuk The Stoning of Soraya M. Pada tahun 1990-an, beliau mengembara ke Iran dan mendapat tahu mengenai kisah Soraya. 

Sebelum tonton, pastikan korang dah sediakan tisu. Memang emosi weh!