Bakal parents yang tengah menanti hari menyambut ketibaan cahaya mata tercinta, korang tahu tak ada baby shower terbesar yang akan diadakan Mei ini?

Dianjurkan oleh Happikiddo, acara ini akan berlangsung di Lightbox@Light Grey, Sungai Buloh pada 27 Mei ini bermula jam 1 hingga 6 petang dengan tema Baby in Bloom yang diinspirasikan daripada keindahan kota Paris dan warna-warna pastel jenama Atelier Choux.

Terbuka kepada ibu-ibu yang sedang hamil dan dengan bayi berusia sehingga 6 bulan, pelbagai aktiviti dan agenda menarik untuk pengunjung yang hadir. Menariknya lagi, buat ibu bapa kali pertama, adanya sesi perkongsian bersama pakar di mana korang boleh dapatkan pelbagai ilmu kelahiran.

Bukan itu sahaja, ada juga cenderahati dan cabutan bertuah bernilai lebih RM80,000 yang terdiri daripada stroller, katil dan car seat untuk dimenangi! Harga tiket bermula dari RM350/orang, para pengunjung akan mendapat baucar beli-belah Happikiddo bernilai RM400!

Memang luar biasa kan?

Jadi buat korang yang tengah menanti kelahiran si comel, apa kata luangkan masa 27 Mei ini sebab acara baby shower terbesar ini hanya diadakan pada satu hari sahaja tau. 

Maklumat lanjut tentang pembelian tiket dan acara boleh rujuk DI SINI.