Nak buat donut sebenarnya tak susah mana pun. Tapi yang susahnya nak jadikan donut gebu dan lembut. Salah sukatan, salah cara donut boleh disalah anggap sebagai kuih keria sebab teksturnya yang keras.
Jadi macam mana nak buat donut gebu macam yang orang jual tu? Ada beberapa tip yang boleh korang ikut. Jom sis Yana share.
- Kalau korang gunakan cawan untuk sukat tepung, gunakan cawan sama untuk sukat air juga. Jangan guna cawan lain, nanti sukatan lari. Tu yang buat donut korang tak jadi naik gebunya.
- Sebelum masukkan yis dalam adunan pastikan yis betul-betul berbuih. Kalau yis tak berbuih, yis tu dah rosak. Nak tahu boleh cucuk dengan sudu plastik. Kalau yis melekat dekat sudu plastik, maknanya yis tu hidup lagi. Nak bancuh yis gunakan air biasa je, jangan guna air panas. Nanti yis mati
- Uli doh sampai permukaan doh licin macam telur. Nak lagi senang, letak je dalam mixer. Semua mixer yang buatkan. Korang set je masa nak berapa lama.
- Lepas doh siap diadun, rehatkan adunan secukupnya supaya doh kembang. Paling elok dua kali ganda daripada saiz awal.
- Lepas dah bentukkan doh, rehatkan lagi. Nak tahu doh dah cukup rehat ke belum korang timang-timang sikit. Kalau rasa ringan tu, kiranya doh dah cukup rehat. Kalau belum, rehatkan lagi.
- Tapi kena hati-hati. Terlebih perap pun masalah juga. Nanti doh jadi masam. Bau pun tak sedap. Tu juga punca donut jadi keras.
- Masa bentuk tu jangan lupa letak tepung sikit tau, supaya doh tu tak melekat dekat pinggan. Kalau rumah korang ada scrapper bolehlah gunakannya. Ni scrapper masak tau, bukan scrapper buat rumah tu.
- Goreng jangan guna api kuat. Masa panaskan minyak je guna api besar. Bila minyak dah panas, perlahankan api dan barulah masukkan doh donut tadi.
Dengan tip ni korang boleh dapat donut yang gebu gebas macam yang dijual dekat kedai tu. Dan kalau nak tahu, tips untuk hasilkan donut gebu ni boleh juga korang gunakan kalau nak buat pizza nanti.