Tak Cukup Hanya Celur Air Panas, Ini Bahan Lain Kena Korang Letak Untuk Buang Rasa Kapur Mi Kuning

Biasanya, sebelum masak di rumah, kita selalu akan celur dulu mi kuning dalam air panas kan? Bukan apa, rasa pahit kapur tu kalau terasa di lidah masa nak makan, memang boleh potong mood nak menikmati makanan.

Penggunaan kapur ni amat penting untuk memberi ketahanan tekstur pada mi. Tapi perasan tak, kadang-kadang rasa kapur tu masih ada walaupun korang dah celur dengan air panas?

Haa, kalau masih berlaku lagi… Rupanya ada bahan lain yang boleh korang campurkan. Dalam satu video di TikTok, seorang pengguna berkongsi beliau menambah gula bagi menghilangkan rasa kapur secara total.

Caranya mudah, hanya campurkan gula ke dalam bekas yang berisi mi yang dah direndam dalam air suhu biasa. Selepas 10 minit., jangan lupa untuk tos dan bilas mi tadi untuk buang rasa manis gula.

TikTok: aliabangs