Haiwan yang bercengkerang ni memang susah sikit nak pilih yang segar sebabnya isi dia ditutup dengan cengkerang keras. Kalau sebelum ni sis ada share pasal cara nak pilih ketam, untuk kali ni sis nak share pulak macam mana nak pilih kerang segar.
1. Cengkerang
Kalau boleh masa beli kerang tu korang pilihlah kerang yang cengkerang dia dah terbuka. Sebabnya cengkerang terbuka tunjukkan yang kerang tu masih hidup. Berbeza dengan cengkerang tertutup.
Lagi satu ce belek sikit cengkerang dia. Kalau dah nampak macam berlendir tu, pilihlah kerang dekat kedai lain. Kalau boleh jangan ambil juga cengkerang yang dah pecah.
2. Isi
Kalau korang selalu beli yang dah siap kopek, selain daripada korang pilih yang gemuk-gemuk isinya, korang jangan lupa juga untuk pilih daging yang elok kenyal dan nampak padat tau.
Lagi satu kalau isi dia dah bertukar warna, maknanya kerang tu dah tak elok. Kalau beli pun, masa korang masak tu memang tak sedap punyalah. Langsung tak rasa manis kerang.
3. Bau
Walaupun haiwan laut ni memang berbau, tapi kalau dorang dah tak segar bau dia bukan macam bau laut tau, tapi bau macam sesuatu yang hanyir & busuk.
Tips lepas beli:
Lepas je beli kerang, korang kena terus buat step ni.
- Kalau tak nak guna lagi boleh terus simpan dalam freezer. Tapi step ni sis tak sarankan sangat.
- Basuh bawah air mengalir dan gunakan berus untuk buang kotoran dekat cengkerang.
- Rendam dalam air garam untuk keluarkan kotoran dalam kerang.
- Rebus kerang sampai cengkerang terbuka, jangan letakkan air banyak sangat. Masukkan sekali serai, bawang putih, halia dan garam sebagai penambah rasa.
Haa, lepas tu korang bolehlah masak guna kerang tadi tu. Tapi kalau nak makan macam tu pun dah sedap. Makan panas-panas dengan nasi kosong tabur kicap perah asam limau sikit. Uih, nikmat dunia betul.
Jadi lepas ni kalau nak masak kerang korang tak perlu risau dah kerang yang dibeli tu segar ke tak. Guna tips sis bagi ni, InshaAllah kerang korang memang akan terasa segar dan manis.
Selamat mencuba!