Asal tiba musim raya, rendang mesti jadi lauk wajib yang ada atas meja. Tak rendang daging, mesti rendang ayam. Tapi ada juga yang buat rendang lain contoh macam rendang itik, rendang kambing, rendang kerang dan macam-macam lagilah.

Cuma bila rendang ayam ni, ada satu masalah biasa yang selalu kita hadapi bila masak. Lama-lama dia hancur. Sampaikan kalau tersalah tu, boleh ada tinggal tulang je! Aduh, stress!

Jom hari ni sis nak share sikit tips yang boleh korang amalkan supaya raya 2022 tiada lagi episod rendang ayam hancur. Caranya mudah je.

  1. First sekali, kalau dalam kuali tu korang masak ayam lebih dari 2 ekor, boleh boleh 14 je. Kalau seekor, maybe boleh consider untuk potong 16. Ayam ni kan dia keluarkan air. Jadi potongan besar akan selamatkan ayam ni jadi lagi kecil (hancur) masa dimasak. 
Kredit: FB PD Pasir Panjang
  1. Boleh try untuk masukkan ayam bila ayam dah masak, keluarkan ayam dan sambung je masak kuah rendang sampailah pecah minyak. Kemudian baru masuk semula ayam ke dalam kuali.
  2. Atau korang boleh try cara jangan selalu kacau rendang atas kuali. Gunakan api kecil supaya tak perlu kacau selalu untuk elakkan hangit. Kalau kacau pun, hanya kacau bahagian kuali, bukan ayam.
  3. Boleh juga masukkan beberapa helai daun nangka untuk mengeraskan sikit daging ayam supaya tak hancur.
Kredit: Resepi Che Nom

Ini antara yang sis cubalah. Korang pun kalau ada cara, mehlah share-share sikit dengan kita di Sinaran Wanita ni. Tahun ni kita ramai-ramai azam untuk cuba masak rendang ayam yang dabest!

Kredit gambar utama: Resepi Che Nom

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

three × 4 =