Sejak PKP, trend daging bakar memang mencanak naik. Sana sini orang share pasal daging bakar. Jadi hari ni sis nak share sikit tips nak buat daging perap jadi lebih sedap. Bila rasa sampai orang tak boleh tak bagi 5 bintang sebab power sangat.
- Rebus daging sekejap, lepas tu gaulkan dengan sos tiram, sos black pepper, sos BBQ, sos ikan, gula, garam dan biji lada hitam yang ditumbuk. Kuantiti sos tu pastikan sama, kalau sos tiram letak 4 sudu besar, sos lain pun kena letak 4 sudu besar.
- Gaul rata dan masukkan dalam peti ais. Perapkan paling sekejap pun 30 min. Nak sedap perap semalaman. Memang beza rasa daging yang korang perap tu.
- Masa nak masak, korang boleh letak je atas pan, tak perlu letak minyak. Kalau nak letak sikit je pun dah cukup. Atau pun tukar dengan mentega. Air perap tadi jangan buang, tuangkan atas daging sikit demi sikit.
Siap! Senang je kan?
Kalau korang suka boleh juga masukkan kentang yang dah dipotong besar (1biji belah 4). Jangan lupa untuk rebus juga sekejap dengan daging masa awal-awal tu. Kalau agak-agak nak pedas sikit, korang boleh letak sikit cili mesin masa perap, tak pun cili serbuk.
Dan kalau korang suka macam ada rasa herba, boleh tambah daun rosemary dengan halia yang dah dihiris halus tak pun ditumbuk halus.
Hidang pula dengan sos Thai. Memang asyukkk!
Jangan lupa cuba tau. Memang seronok kalau nak korang nak buat event chill chill atau camping dengan family.