Kalau pergi mamak, menu yang paling boleh teringat-ingat ialah kari. Setuju tak?
Ajaib gila, dia punya rasa kari tu memang mengaum habis. Pekat memang kaw nala punyalah, sampaikan susah nak jumpa dekat kedai lain yang biasanya gunakan santan untuk masak kari.
Apa rahsianya sampai boleh buat orang teringat ni?
1. Rempah
Kalau nak tahu, rempah ni lah jadi punca kepada segala kesedapan yang ada dalam mi kari tu. Biasanya rempah kari mamak ni sama ada dorang buat sendiri atau dorang ambil terus dari India yang memang terkenal dengan kekayaan rempah ratusnya.
Kalau kita biasa masak kari ayam mesti akan guna rempah kari ayam je kan? Tapi kalau kari mamak, dorang campur terus rempah kari ayam dengan ikan dengan nisbah 3:1. Lepas tu dorang blend dengan ‘kawan-kawan’ biasa yang diperlukan untuk buat kari:
- jintan manis
- jintan putih
- serbuk ketumbar
- serbuk lada hitam
- serbuk cili
- rempah masala
Kalau nak blend lepas tu simpan pun boleh. Nak guna nanti ambil je yang dah ada. Senang.
2. Tumis
Nak dapatkan rasa kari macam mamak memang kena banyak bersabar. Rempah kari mamak ni memang perlu ditumis lama-lama sampai pecah minyak barulah naik rasa dia. Nak tumis kari mamak, minyak memang kena banyak.
Nak tahu cara pecah minyak, boleh refer dekat artikel:
Tip Tumis Sambal Sampai Pecah Minyak
Tapi kalau tak nak guna minyak banyak pun boleh. Lepas je nampak rempah ditumis tu warna merah, haa tambahkan air sebagai ganti minyak sampailah kuah pekat. Air jangan masuk banyak sangat pulak.
Bila korang tumis lama, kebaikannya kuah kari ni boleh bertahan sampai 2 minggu. Jadi kalau nak makan just panaskan lepas tu masuk balik peti ais. Makin lama kari disimpan makin sedap jadinya sebab kuah sentiasa dipanaskan dan jadi pekat.
Bonus: Bahan rahsia
Untuk bagi rasa berlemak, ada setengah kedai mamak yang akan gantikan santan dengan beras yang dah disangai dan ditumbuk halus. Rasa dia memang pergh! Tak tahu nak habaq cemana tapi kalau makan memang tak pandang kiri kanan dah gais.
Jangan lupa cuba tau. Tak adalah lepas ni kalau craving kena cari mamak. Buat je terus dekat rumah.
Selamat mencuba!
Kredit gambar utama: The Sun Daily/Delish