Sos cili Thai memang kegemaran ramai. Rasanya yang cukup enak memang sesuailah kalau pekena dengan makanan bergoreng. Bukan mak-mak je suka, anak-anak pun naik hantu bila makan dengan sos cili Thai.
Tapi sos cili Thai ni harga boleh tahan jugaklah. Untuk yang suka sangat cicah makanan dengan sos cili Thai, mesti korang terfikir nak buat sendiri kan? Tapi risau sos tu cepat rosak.
Jadi kali ni sis share sikit tips untuk sos cili Thai ni tahan lebih lama.
1. Biar sos masak lama sikit atas api supaya kesemua bahan dalam tu masak. Kalau sos korang agak pekat, tambahkan air suam. Jangan tambah air biasa.
2. Simpan dalam peti sejuk. lepas je siap masak, biarkan sos sejuk dan masuk dalam peti ais. Bila nak makan baru keluarkan dan simpan semula lepas siap masak.
3. Asingkan bekas simpan lain, bekas cicah lain. Kalau korang cicah bekas yang sama, lepas tu korang simpan dalam peti ais…. Hmm jangan haraplah sos cili Thai korang tu akan tahan lama.
Mudah je kan? Tips ni jugak boleh korang guna untuk buat sos biasa ataupun sambal. Kalau korang ada tips lain bolehlah share dengan sis dekat ruangan komen Sinaran Wanita.
Selamat mencuba! Korang juga mungkin berminat nak baca: Resepi Kerabu Kerang Thai Yang Buat Kecur Air Liur