Yang suka bercucuk tanam mesti sentiasa cari cara untuk gemukkan pokok mereka kan? Tak kisahlah walaupun mahal, tapi mesti buat demi nak kepuasan hasil nanti.

Tapi dengan tips yang sis nak share ni, korang dah tak payah pening pening cari baja mahal yang elok, sebab cara sis ni memang sangat rendah kosnya.

Dengan hanya guna roti, korang boleh jadikan pokok sayur korang tu gemuk. Caranya mudah je: Sama ada korang carik terus roti dan taburkan atas tanah keliling sayur atau korang boleh rendam roti tadi dengan air.

Biarkan paling kurang semalaman atau peramlah sampai bila pun. Janji simpan dekat tempat gelap macam cara peram tapai tu. Nanti dah agak nak siram pokok… Haa korang gunalah air peram tu tadi. Yang penting jangan tutup rapat je, karang meletup pulak botol korang tu nanti.

Kredit: huhahuhajerr.com

Kalau nak hasil lebih mantap, sis sarankan korang guna air basuhan beras berbanding air paip biasa. Sebabnya air basuhan beras memang diketahui keberkesanannya dalam jadikan pokok gemuk. Tapi bila ditambah dengan roti memang puas hati tengok hasilnya.

Nisbah roti dengan air 4 keping : 2liter air.

Ada juga yang campurkan gula merah dalam air bancuhan tu tadi. Fungsi gula merah ni adalah sebagai sumber makanan kepada mikrob yang terhasil daripada rendaman tadi.

Mudah je kan? Ni antara contoh-contoh yang netizen kongsikan bila guna baja roti dekat pokok.

Kredit: Intan Suhana
Kredit: Intan Suhana

Gemuk-gemuk kan? Geram tengoknya. Eii, balik kerja ni memang sis nak buat baja roti ni.

Kredit gambar utama: Intan Suhana