Kalau pergi Thailand, tapi tak pekena miang pla memang macam tak lengkaplah trip korang tu. Miang pla ni memang sangat femes dekat sana. Dia punya aura memang boleh teringat-ingat.
Buat yang masih tak tahu, miang pla ni menu ikan yang dihidangkan dengan pelbagai ulam, salad dan laksa siam atau bihun bersama sos hijau istimewa. Sekali cicah, memang nikmat dia puas sungguh!
Musim COVID-19 ni kan tak boleh nak pergi Thailand. kalau nak makan dekat sempadan pun tak lepas sebab PKPB. Jadi apa kata korang cuba je resepi mudah yang puan Noor Hayati ni.
Menjadi beb. Sis tengok pun kecur air liur bak hang!
Cara penyediaan Ikan tilapia:
- Tumbuk bawang putih 3 biji, halia seinci, garam kunyit dan gaul (Goreng garing)
Tambahan seafood lain:
- Tumbuk bawang putih 4 biji, seinci setengah halia dan garam (Gaul perap) + bakar
Sos Hijau Thai:
- 10 tangkai cili padi hijau
- 5 biji limau nipis + limau kasturi
- 3 ulas bawang putih
- 2 sudu sos ikan
- 2 sudu sos plam
- 1 akar ketumbar
Cara penyediaan: Tumbuk semua bahan + garam+gula
Sos Thai (cara penyediaan sama macam sos hijau Thai):
- 5 tangkai cili merah 5 tangkai cili hijau
- 3 ulas bawang putih
- 2 biji limau nipis 1 biji limau kasturi
- ½ gula melaka
- 1 sudu gula pasir
- 1 sudu sos ikan
- 1 sudu sos plam
- 1 sudu air suam
- ½ cili flakes (Kisar)
- Daun ketumbar dihiris
Bahan tambahan:
- Mihun@Suhun
- Salad
Mudah sangat kan? Ni kalau dah siap memang anak-anak tak pandang kiri kanan duk menghadap ratah ikan dengan sos. Punya best kalau makan ni sambil lepak tepi beranda rumah. Uih, asyik!
Korang kalau teringin bolehlah cuba buat sendiri. Sis rasa kalau order kat kedai menu ni, agak mahal jugak tau. Nak jimat, buatlah sendiri. Makan pun lebih puas.
Sumber: Noor Hayati
Semoga perkongsian ini bermanfaat untuk uols!
Stay tuned untuk next artikel okay, sebab SW akan menunjukkan resepi yang lebih menarik untuk uols try!
Gunalah bahan yang lebih segar dari TFVM yang telah menyajikan pelbagai produk untuk uols sejak 1957 melalui 36 cawangan seluruh Malaysia. So jangan lupa singgah, sebab TFVM sentiasa menyediakan barangan segar untuk anda SETIAP HARI!