Hai ladies! 2021 baru jer start, tapi stress dah menggunung dlm kepala. Nak siapkan report, boss bising pasal claim, budak ofis curhat masalah peribadi dia, nak kemas rumah, siapkan hidangan utk family, daftar sekolah anak, cari tutor, hantar kereta gi service, collect baju kat dobi, minggu ni ada kenduri, suami mintak tolong carikan barang dia…OMG!!! Seriously ladies, Mommy Jay faham apa yg uols lalui.
Bila scroll2 sosmed (biasala Mommy Jay kan suka cari tips yg org share) nampak lak posting @NorziMalek pasal Brain Dump. Nampak sesuai jer untuk ladies cam kita2 ni.
Basically, kaedah Brain Dump ni sesuai sgt utk org yg selalu over thinking mcm Mommy Jay. Kalau yg ada anxiety, depression, panic attack, stress atau lost di dalam kehidupan harian pun boleh apply kaedah ni utk ringankan fikiran (Declutter your mind and thought).
Brain Dump ni sgt membantu utk tingkatkan fokus pada perkara penting yang perlu dilakukan. Kalau nak kurangkan serabut, ini cara yg efektif!
Paling penting, Brain Dump boleh bantu kita jadi lebih produktif sebab masa diurus dgn bijak dan berkualiti. Tak perlu byk material, nak mula buat Brain Dump cuma perlu pen (nak kaler2 pun boleh) dan notebook.
Mula dgn senaraikan setiap perkara yang berlegar di dalam fikiran kita sekarang. Cara nak tulis terpulang pada diri masing2. JANGAN baca berulang-kali apa yang kita dah tulis. Senaraikan semua benda dahulu.
- Apa yang sedang kita risaukan?
- Apa yang kerap kita terlupa?
- Apa yang ingin sekali kita lakukan?
- Apa aktiviti yang jika kita lakukan dapat menaikkan semangat kita?
- Peristiwa negatif yang mengganggu fikiran kita?
- Peristiwa penting yang akan muncul (birthday, kenduri, mesyuarat).
- Impian kita yang tidak terlaksana.
- Aktiviti untuk mencapai impian kita.
- Aktiviti harian yang perlu dilakukan segera.
- Orang yang annoying hari ini.
- Apa yang menganggu fikiran kita.
- Apa aktiviti segera yang perlu kita lakukan tanpa tangguh.
Tuliskan semuanya!
Notebook Brain Dump ni kena ada supaya kita boleh tgk balik apa yg kita dah tulis sebelum ni dan kenalpasti pattern pemikiran dan sebab yg trigger rasa stress kita. Progresspun senang nak tgk sebab kalau mula2 tulis mungkin sampai 3 muka tapi lama-lama hanya tinggal beberapa point saja.
Kekerapan entry ni terpulang pada uols sendiri. Kira macam simpan diari la ni. Cuma yg pasti setiap kali rasa down, marah2 atau emosi kurang stabil kena masukkan entry dlm notebook. Dengan mempunyai Notebook Brain Dump, kalian akan dapati ada hari tertentu penuh buku catatan itu, dan ada hari tertentu hanya beberapa point sahaja.
Dah keluarkan semua ‘benda’ yg berserabut dlm otak tu kita boleh start susun ikut bahagian. Guna kaler berbeza utk highlight satu2.
- Rumahtangga
- Anak-anak
- Kewangan
- Self-care
- Hobi
- Social media
- Emosi
Lepas tu yg tak masuk dlm mana2 sub tu kita panggil ‘sampah’. Sila POTONG dari senarai yg uols dah buat. Kurang lah perkara toksik dlm hidup seharian kita!
So ladies, Mommy Jay pun nak kena start buat notebook Brain Dump ni. Bukan apa, tahun baru nak kena start clean la. Terbeban dgn perkara2 remeh boleh buat kita ‘penat’. Sangat membasir masa yer. 2021 kenalah up sikit level mentality kita. Kekalkan yg positif sahaja ok. Good luck ladies!