Pinktober ini, Signature Market mendapat inspirasi daripada perjalanan luar biasa wanita yang berani mengharungi perjalanan hidup mereka dengan kekuatan dan ketahanan diri dan bekerjasama dengan Persatuan Kebajikan Kanser Payudara dalam kempen yang memperkasakan wanita di Malaysia. 

Turut bersama-sama dengan Signature Market dan Plant Origins dalam kempen ini adalah jenama terkenal antarabangsa Marc Jacobs, philosophy, Libresse, Blackmores, Wardah, dan Youvit serta jenama tempatan Neutrovis dan Sunway Medical Center . Bersama-sama, jenama ini telah menghasilkan sebuah kit yang direka khas bagi menyediakan wanita dengan alat untuk kekal sihat dan menjalani kehidupan yang cergas bertenaga. 

Sebahagian daripada hasil jualan kotak hadiah itu akan didermakan kepada Persatuan Kebajikan Kanser Payudara Malaysia.

Dengan tema “It’s ME”, kempen ini menekankan kepentingan untuk wanita mencorak naratif mereka sendiri.

Setiap kotak hadiah It’s ME dijual pada harga RM49.90 dan boleh didapati di dalam talian di sesawang rasmi Signature Market,   Lazada, Shopee serta di kedai jenama itu di Design Village Pulau Pinang dan di Signature Market Experience Store yang terletak di IOI Putrajaya (LG-215). Untuk mendapatkan maklumat lanjut dan terkini, sila kunjungi Signature Market dalam Instagram, Facebook, YouTube, atau laman sesawang.