Inilah kolaborasi yang dah lama dinantikan. Gabungan BloomThis  dan  Mimpikita menzahirkan koleksi ” Garden of Dreams” untuk meraikan semangat persaudaraan kaum hawa dan ikatan unik yang menghubungkan wanita daripada pelbagai lapisan hidup.

Kolaborasi ini menggandingkan bunga-bungaan pilihan tangan premium dengan kotak cenderahati menakjubkan corak rekaan Mimpikita. Gubahan ini menzahirkan kekuatan, keanggunan dan jiwa setiap wanita, yang mengangkat keperibadian tiga adik beradik perempuan pendiri Mimpikita, pengasas bersama BloomThis, Penny Choo, serta jalinan ikatan persaudaraan dalam diri setiap wanita. Koleksi ini menampilkan lapan produk berbeza dengan empat gubahan unik, dipersembahkan dalam ‘hatbox’ heksagon yang sinonim dengan

BloomThis serta BloomBag yang inovatif. Setiap gubahan mencerminkan kualiti dan rekaan indah BloomThis serta Mimpikita yang dikenali ramai.

Setiap pembelian daripada koleksi ini disertakan kad hadiah percuma Mimpikita bernilai RM50, kad dan gambar yang diperibadikan, serta penghantaran percuma pada hari sama.

Daya tarikan utama koleksi “BloomThis x Mimpikita Garden of Dreams” ialah kotak rekaan Mimpikita yang anggun dengan corak-corak ikonik Mimpikita. Kotak cenderamata edisi terhad ini, dalam bentuk kotak topi heksagon unik BloomThis, mewakili keunikan dan inovasi kolaborasi dua jenama ini. 

“Kami amat teruja untuk memperkenalkan koleksi ‘Garden of Dreams’ kepada pelanggan kami. Ia meraikan persaudaraan sesama golongan wanita yang melangkaui tradisi, merangkumi kepelbagaian dan kekuatan wanita di mana-mana sahaja mereka berada,” kata Penny Choo, Pengarah Urusan BloomThis. 

Setiap gubahan dalam koleksi ini dikarang oleh penggubah bunga BloomThis, memastikan setiap jambangan ialah karya seni yang indah ditatap mata. Gabungan bunga premium dan kotak rekaan yang menakjubkan dari Mimpikita ialah refleksi sebenar keindahan dan kewanitaan. 

Kolaborasi antara BloomThis dan Mimpikita ini menampilkan koleksi yang bukan sahaja indah secara visual tetapi juga kaya dari segi emosi dalam meraikan ikatan utuh kewanitaan. Jangan lepaskan peluang untuk mendapatkan koleksi “BloomThis x Mimpikita Garden of Dreams” yang boleh dibeli bermula 9 November 2023 di laman web BloomThis.

Besties!!! Cantiknyalah gubahan bunga koleksi ‘BloomThis x Mimpikita Garden of Dreams’! Sweet2, kiut2, unik lagi. Nak satu!