Sejak kes mak Neelofa nak trademark nama harimau menangis, viral betul daging ni sampaikan selalu lah tak ada stok.
Orang kata bahagian harimau menangis adalah bahagian yang paling sedap dalam lembu. Kalau korang nak tahu daging harimau menangis tu diambil dari bahagian sirloin. Lagipun bahagian tu bukannya banyak. Untuk seekor lembu boleh dapat dalam 700g je.
Sebabkan ramai yang tak tahu sebenarnya ada bahagian lain yang lagi sedap dari tu, mehlah kami bagitahu korang.
Rib – Tulang rusuk
Bahagian ribs ni paling ramai orang suka terutamanya kalau masak steak. Sebab bila dimasak, aroma dia fuhhh. Naik selera beb!
Sebabkan daging dekat bahagian ribs ni banyak yang lekat dekat tulang, kalau buat sup tulang memang terangkat dia punya rasa kuah sup.
Tenderloin – Batang pinang
Sebab tak banyak lemak dan lembut bukan main, ramailah yang suka beli tenderloin. Lagipun sesuai dengan semua jenis masakanlah. Nak grill boleh, nak buat gulai boleh, nak buat apa pun hasil dia sedap.
Chuck – Bahu
Walaupun bahagian bahu ni tak selembut sirloin dengan ribs, tapi daging dia masih lagi lembut. Jadi kalau bahagian sirloin habis, korang tak payahlah menangis sebab boleh je gunakan option chuck lepas tenderloin.
Round – Punggung
Sebabkan bahagian daging ni ada dekat kaki, round ni agak liat sikitlah. Tapi liat-liat pun memang sedap kalau nak buat masak steak dan daging ni ada peminatnya yang tersendiri tau.
Brisket – Dada
Sama jugak macam bahagian dada/brisket yang agak liat sebab otot dekat dada ni akan sokong kira-kira 60% daripada badan lembu. Kalau korang ada pressure cooker atau suka masakan yang perlu rebus macam sup, bolehlah gunakan bahagian ni.
Lepas ni kalau tak ada harimau menangis, janganlah korang yang menangis pulak. Bahagian daging lembu banyak. Dan dalam banyak-banyak tu, banyak lagi yang sedap.
Kalau semua nak makan daging menangis, siapa pulak nak makan bahagian lain kan? Tak balance la nanti.