Santan adalah antara bahan penting dalam kebanyakan menu rakyat Malaysia dan bagi sesetengah individu, makanan berkuah seperti kari wajib diletak santan pekat bagi menimbulkan keenakan dan aroma yang wangi. Banyak tau makanan yang pakai santan macam masak lemak cili api, mi kari dan juga rendang. Orang Malaysia memang handal memasak mengunakan santan kerana ada pelbagai menu boleh disediakan dengan santan adalah bahan utama.

Lazimnya makanan bersantan ini juga berlemak dan enak dijamah cuma satu sahaja risikonya, makanan berasaskan santan ini mudah basi.

Bayangkan kalau memasaknya dalam kuantiti yang banyak kemudian basi, pastinya rugi kalau dibuang begitu sahaja. Sebiji santan harganya tidaklah murah, RM2.50!

Memastikan pembaziran tidak berlaku, ini cara untuk memastikan hidangan berasaskan santan tidak basi.

A close up of a plate of food

Description automatically generated

– Pastikan kelapa atau santan itu santan baharu

A picture containing person, plate, table, food

Description automatically generated

Pastikan santan yang digunakan tu belum lebih 24 jam ya. Kalau beli kelapa pula, pastikan kelapa tu bau je diparut untuk memastikan ia tahan lama berbanding biasa. Untuk penggunaan santan kotak pula, sebaiknya pastikan jumlah santan yang diperlukan untuk masakan, pilih saiz kotak santan yang memadai jumlahnya dengan santan yang diperlukan agar tidak membazir dan tidak perlu disimpan di dalam peti sejuk. Pastikan juga semasa memasak, ia masak sempurna bertujuan supaya boleh disimpan lebih lama.

– Cara penyimpanan

Masakan yang menggunakan santan perlu dipanaskan sehingga ia mendidih sempurna dan jangan menutup periuk ketika memanaskan. Jika berniat menyimpannya untuk tempoh yang lebih lama, pastikan masakan berkenaan benar-benar sejuk dan tiada wap keluar jika anda menutupnya.

Ini kerana wap panas yang memenuhi bekas penutup (jika masakan masih belum sejuk sepenuhnya) akan jatuh ke dalam masakan dan air wap itu akan mencepatkan proses masakan basi. Masukkan ke dalam bekas kedap udara dan bolehlah disimpan di dalam peti sejuk.

Jika anda menyimpan lauk di dalam bekas dalam keadaan panas, ia akan menyebabkan santan berbuih dan basi sebelum ia sempat sejuk di dalam peti ais.

– Bekukan santan

A picture containing indoor, food, table, beverage

Description automatically generated

Kaedah bekukan ni paling biasa kita nampak kan? Bekukan santan sebab santan kalau simpan pada suhu sejuk lebih tahan lama. Kalau dah bersedia nak masak, keluarkan saja daripada peti beku dan masak macam biasa.

– Pastikan senduk kering

Haaa selalu tak dengar mak mak kita jerit kalau kita masukkan senduk basah dalam masakan bersantan? Yes, inilah sebabnya, sebab masakan bersantan kalau basah cepat basi. So, kalau nak ambil masakan bersantan ni, make sure senduk kering, okay?