Pelakon Ashraf Sinclair yang juga suami penyanyi terkenal Indonesia, Bunga Citra Lestari, meninggal dunia di Jakarta hari ini akibat serangan jantung.

Pengurus Bunga Citra Lestari, Doddy dipetik Kompas.com berkata, pelakon berusia 40 tahun itu menghembuskan nafas terakhir kira-kira 4.51 pagi tadi dan difahamkan meninggal dunia ketika sedang tidur. 

“Benar (meninggal dunia), tadi pagi,” kata Doddy dipetik portal berita itu.

Turut dilaporkan Jenazah tiba di kediaman mereka di kawasan Pejaten Barat, Jakarta Selatan, Jakarta, jam 7.33 pagi tadi (waktu tempatan).

A motorcycle parked on the side of a building

Description automatically generated

Penyanyi lagu Cinta Sejati itu kelihatan berdiam diri dan terus memasuki rumah dengan muka sayu dan pucat berikutan pemergian suaminya itu.  

Ashraf yang dilahirkan di London pada 18 Sept 1979 pernah menjadi model dan mula terkenal selepas berlakon dalam filem “Gol dan Gincu” pada 2005.

Sementara itu, rumah mereka kini dijaga ketat beberapa petugas yang berpakaian hitam.

Dalam perkembangan sama, adik kepada Allahyarham, Aishah Sinclair, 39, dikatakan sudah tiba di konti stesen radio Mix FM pada jam 5.48 pagi untuk memulakan tugas sebelum mendapat berita abangnya, Ashraf, 41, meninggal dunia di Jakarta, Indonesia.

Aishah mengendalikan program Mix Breakfast bermula jam 6 pagi hingga 10 pagi di stesen radio berkenaan bersama dua lagi penyampai iaitu Rod Monteiro dan Prem.

Perkara itu dikongsikan Rod dan Prem dalam program berkenaan pagi tadi. 

A group of people posing for the camera

Description automatically generated

“Aishah tiba sebelum jam 6 pagi. Dia kemudian dihubungi ibunya memaklumkan berita sedih itu,” katanya.

Katanya, sebaik dimaklumkan, Aishah yang terkejut terus bergegas pulang sebelum mengambil penerbangan ke Jakarta bersama ibu dan bapanya.