Sebut je Milo dah terbayang rasa air dari lori milo yang sedap tu. Entah kenapa kita kalau bancuh Milo sendiri rasa dia tak sesedap yang abang lori Milo buat tu.
Nak mengidam minum air lori milo, musim COVID-19 ni aktiviti sosial dah diterhadkan. Maknanya jaranglah dapat jumpa lori milo kan?
Jadi, seorang pengguna FB, Syahrin Yen Zaini ni dia ada share resepi bancuh air milo sama macam yang abang lori milo buat.
Bahan-bahan:
- 10 sudu besar serbuk milo
- ½ liter air panas.
- ½ liter air sejuk.
- ½ tin susu cair
- ½ tin susu manis
Cara penyediaan:
- Kacau rata semua bahan dengan air panas.
- Campurkan je air sejuk & ais batu.
Dah siap!
Mudah je rupanya nak buat air milo ala abang lori milo buat. Nanti bolehlah cuba dekat rumah. Kena pulak tu musim anak-anak dekat rumah. Nice kalau nak dijadikan minuman sarapan.
Kalau mengidam pun dah tak payah kejar lori milo. ;p
Kredit gambar: Syahrin Yen Zaini