Selalu kalau pergi pasar, mesti terkeliru bila nak pilih ikan yang rupa hampir-hampir sama ni. Sebab tak semua kedai ada buat tag harga dan nama ikan macam yang jual dekat pasar raya besar.
Ikan yang selalu salah beli biasanya ada 3 jenis, ikan kembung, ikan mabong dengan ikan pelaling. Kalau korang nak tahu, 3 ikan ni dia datangnya dari keluarga yang sama iaitu Indian mackerel. Jadi rupa dorang tak banyak beza pun.
Cuma cara yang paling boleh bezakan dengan mudah ialah dari segi saiz. Ikan mabong biasanya lebih besar dan berisi sikit daripada ikan kembung. Manakala ikan pelaling pula kecik je, dalam lebar dua jari je.
Hmm, tapi kalau dapat kat sis semua pun ikan kembung. Sebab semua pun sedap rasanya bila digoreng. Tak pun buat masak asam pedas. Tak ada beza. ;p
Korang mungkin minat nak baca: Senang Je! Ini 5 Tips Paling Penting Pilih Ikan Segar
Kalau korang pun jenis macam sis, sinilah sis bagi gambar dari Bazaar Buku pasal ikan-ikan yang hampir sama je rupanya dengan 3 ikan dekat atas ni supaya nanti bila dekat pasar boleh korang refresh je balik.