Musim cuti sekolah dah tiba. Jadi ramailah mak ayah yang ambil peluang untuk bawa anak-anak mereka bersunat. Bagi first time parents, memang berdebar sikitlah sebab memikirkan ini pertama kali nak menjaga budak baru bersunat kan?
Tapi jangan risau, parents boleh je baca sharing doktor ni untuk jaga anak yang baru je lepas sunat bagi elakkan bentan dan cepat sembuh.
1. Jangan biarkan balutan luka tak dibuka lebih 72 jam. Buka untuk pantau komplikasi seperti nanah/jangkitan, bengkak/bentan, jahitan terbuka atau keruping yang melekat pada balutan.
2. Cuci luka 2-3 hari sekali menggunakan normal saline. Caranya bersihkan daki/darah beku sekitar luka, cuci luka dengan normal saline, check kalau ada jahitan & tanda jangkitan dan tutup semula luka kalau tak ada tanda-tanda.
3. Ubatan yang akan dibekalkan:
- Tahan sakit: diambil bila perlu
- Antibiotik: perlu diambil ikut jadual
- Ubat cucian: lazimnya normal saline
- Elak sapu minyak/herba pada luka
4. Kalau anak-anak mengadu ngilu, ia normal. Rasa ngilu akan beransur hilang.
5. Pakai pakaian yang longgar dan selesa untuk pengudaraan secukupnya. Boleh pakai seluar, asalkan tak terlalu ketat.
6. Lepas sunat, anak-anak dibenarkan berjalan dan tak digalakkan baring je. Cuma jangan terlampau lasak semasa melakukan aktiviti ringan untuk bantu aliran darah dan kurangkan tempoh penyembuhan luka.
7. Minum air secukupnya untuk bantu sembuhkan luka.
8. Jaga pengambilan makanan. Perlu ambil protein, serat & vitamin secukupnya. Ayam, telur, kicap semua boleh makan dan ia tak akan sebabkan gatal atau hitam pada luka.
9. Luka akan sembuh dalam masa 10-14 hari. Kalau ada sakit/bengkak melampau, nanah yang banyak, demam tinggi dan tak boleh kencing, sila berjumpa dengan doktor.
10. Bergantung kepada teknik yang digunakan, anak-anak mungkin perlu dibawa berjumpa dengan doktor untuk rawatan susulan.
- Jahitan konvensional: Tak perlu dibuka
- Klamp: Perlu jumpa doktor untuk dibuka
- Gam: Tak perlu jumpa doktor semula
Kredit: Facebook Kamarul Ariffin Nor Sadan