Kalau ke Pantai Timur, laksam adalah salah satu hidangan unik yang kena korang cuba. Dihidangkan dengan kuah lemak putih, beza laksam dengan laksa ialah bentuk mi dia je. Kalau laksa macam mi, tapi laksam pula berbentuk bulat macam mi yong tau fu.
Kalau beli, jaranglah boleh dapat laksam yang kena dengan tekak. Kadang-kadang dapat kuah putih lemak yang dah basilah, mi dah masamlah. Kalau dapat yang sedap pun harganya mahal sangat tak berbaloi dengan kuantiti yang dapat.
Jadi apa kata korang cuba buat sendiri laksam ni dekat rumah. Mudah je caranya kalau ikut resepi sedap dan mudah gaya Puan Myshiera Zain ni.
Bahan-bahan kuetiau:
- 3 cawan tepung beras
- ½ cawan tepung gandum
- ½ cawan tepung ubi kayu
- 5 cawan air suam
- ½ sudu kecik garam
Cara penyediaan kuetiau:
- Kacaukan semua bahan dan ratakan supaya tak berketul.
- Panaskan pengukus dan letak apa-apa bekas yang leper dalam pengukus dan kukus tepung tadi.
- Bila tepung dah masak, boleh tolak guna pisau atau garfu untuk bentukkan bulat bergulung. Lepas tu potong ikut saiz yang korang prefer.
Bahan-bahan kuah:
- 1kg ikan -rebus ambik isi dan kisar
- ½kg santan pekat
- 1 gelas air
- 10 ulas bawang merah
- 2 ulas bawang putih
- 1 inci halia
- 1 sudu besar lada hitam
- 2 keping asam keping
- Garam/gula
Cara penyediaan kuah:
Satukan semua bahan di atas sehingga mendidih dan perasakan dengan garam dan gula ikut kesesuaian selera masing-masing.
Untuk ulam:
Kacang panjang, timun, kobis, tauge. Hiris sederhana halus.
Untuk sambal:
Tumbuk cili kering yang dah direndam dalam air panas bersama garam, gula, cuka dan sedikit belacan sampai hancur.
Nampak macam banyak stepnya, tapi senang je korang. Memang mudah sangat dan yang penting boleh bertambah-tambah.
Kalau korang nak mudah, korang boleh je cari semua bahan dekat pasar raya TF Value Mart. Jangan risau, dekat TF Value Mart semua sayur memang segar-segar dorang jual. Harga pun mur mur je korang.
Jadi selamat mencuba!
Kredit gambar utama: Aisan Inspirations
Sumber: Myshiera Zain
Semoga perkongsian ini bermanfaat untuk uols!
Stay tuned untuk next artikel okay, sebab SW akan menunjukkan resepi yang lebih menarik untuk uols try!
Gunalah bahan yang lebih segar dari TFVM yang telah menyajikan pelbagai produk untuk uols sejak 1957 melalui 36 cawangan seluruh Malaysia. So jangan lupa singgah, sebab TFVM sentiasa menyediakan barangan segar untuk anda SETIAP HARI!