Nak buat ayam gunting macam Uncle Bob? Ikut resepi ni

Rindu nak ke bazar ke? Macam-macam boleh beli… dan mesti ada yang rindu nak makan ayam gunting kan? Don’t worry mommies, uols boleh ikuti resepi yang dikongsi Zaitun Abd Hamid menerusi Facebooknya. 

Jom kita mulakan! 

70394713_2632592053469720_483241386246668288_n

Ayam Gunting Uncle Bob

Bahan-bahan:

  • Isi ayam bahagian dada yang sudah dibuang tulang

Untuk perapan:

  • 4 sudu sos tiram
  • 2 sudu serbuk BBQ atau sos black pepper
  • 2 sudu perahan limau atau lemon

Untuk saduran:

  • Tepung bestari pedas atau original
  • Tepung ubi atau tepung beras
  • Sedikit serbuk roti

Bahan tambahan:

  • Serbuk cili atau lada putih untuk ditaburkan selepas goreng

Cara-cara: 

1.   Basuh ayam dengan bersih dan potong nipis.

2.   Gaulkan kesemua bahan perapan dan perap ayam selama 1 jam.

3.   Selepas diperap, salutkan ayam dengan bahan saduran seperti yang dinyatakan.

71241599_2632591803469745_2516520359197409280_n
70604413_2632591903469735_81315211360862208_n

4.   Tumbuk-tumbuk sedikit ayam menggunakan lesung batu agar bahan perasa daripada campuran tepung melekat pada ayam.

5.   Selepas sebati, panaskan minyak dan goreng sehingga warna keemasan.

6.   Akhir sekali, taburkan serbuk cili dan lada putih pada ayam yang digoreng dan guntingkan ia. Siap.

Senang kan? Bolehlah buat untuk juadah berbuka nanti.

uols mungkin minat baca:
Jom buka puasa dengan bebola daging IKEA homemade!
Nak kurus tapi nak juga kenyang sepanjang puasa? Ikut cara ni…