Sebut je nama Che Nom, memang satu Malaysia kenal.
Selalu upload video masak yang mudah diikuti, subscriber dia di YouTube je dah nak cecah 1 juta dengan jumlah tontonan lebih 102 juta uolss. Memang terbaiklah.
Bila view dah banyak, mestilah ramai yang tertanya-tanya berapa eh agaknya Che Nom dapat untuk satu video.
Baru-baru ni Che Nom ada share satu revenue dia untuk salah satu video yang diupload. Video Tips Untuk Ayam Masak Butter Confirm Sedap Menjilat Jari yang diupload pada 13 Julai 2019.
Dalam tempoh masa lebih kurang 2 tahun 7 bulan, Che Nom boleh jana hampir RM8,000!
Hmm, menarik juga kan pendapatan tu.
Kata Che Nom, kalau dia tengok balik video tu dia rasa nak tergelak sebab intonasi yang agak cringe kot. Tapi bermula dengan self-belief walaupun tak ada talent semuanya boleh.
Asalkan kita ada mentality untuk majukan diri.
Jadi kalau korang nak jana pendapatan sebagai YouTuber, jangan putus asa. Kalau korang rasa korang tak ada talent, tapi korang ada passion, teruskan belajar dan belajar untuk majukan diri.
Pasti akan ada hasilnya nanti. Kipidap dongibap!
Alang-alang dah sembang pasal ayam butter ni, meh kita tengok cara Che Nom masak ayam butter sampai sedap menjilat jari ni.
Bahan Untuk Ayam Goreng:
- 3 sudu besar tepung gandum*
- 1 sudu kecil tepung jagung*
- 1 sudu kecil serbuk kari*
- Sedikit lada sulah*
- Sedikit lada hitam*
- 1 biji telur*
- Secubit garam*
- sedikit air
- 2 keping dada ayam, hiris kecil
Bahan untuk kuah butter:
- 4 sudu besar mentega/butter
- ½ biji bawang besar
- 3 ulas bawang putih
- 4 biji cili api merah dan hijau
- daun kari
- 1 tin/400ml susu cair
- 1 keping cheese cheddar
- Sedikit garam
Cara penyediaan ayam goreng:
- Campurkan semua bahan bertanda * dan masukkan ayam sebelum tambah air sekadar cukup. Peram ayam sekejap sebelum goreng dengan api sederhana.
- Jangan biar je ayam tu. Kacau kacau supaya bahagian luar ayam jadi rangup.
Cara penyediaan kuah butter:
- Cairkan butter dan masukkan bawang putih, bawang merah, cili api dan daun kari sampai naik bau.
- Masukkan susu cair, cheese dan garam. Biar sampai menggelegak sikit sebelum masukkan ayam goreng tadi.
- Gaul rata dan siap untuk dihidang!
Mudah je kan? Selamat mencuba!
Sumber dan kredit gambar: @realchenom