Chicken chop adalah salah satu makanan western yang cukup seimbang penyediaannya. 

Ayam grill atau ayam tepung dihidangkan bersama salad dan kentang goreng memang cukup rasa. Tua muda semua suka.

Tapi chicken chop ni kalau pergi beli dekat kedai, harganya memang agak mahal sikit. Kalau ahli keluarga besar, macam agak membazirlah nak makan dekat kedai kan?

Jadi korang yang suka makan chicken chop tu, sis nak share sikit resepi yang sis jumpa dekat TikTok. Nampak mudah dan menarik untuk dicuba.

Bahan-bahan:

  • sos lada hitam
  • bawang Holland
  • 1 kiub ayam
  • tepung serbaguna
  • kentang
  • lobak & kobis (dihiris nipis)
  • mayonis
  • ayam

Cara penyediaan:

  1. Blend dalam ½ bawang Holland dengan kiub ayam tadi. Masukkan air sikit dan masakkan bersama dengan sos lada hitam sampai agak-agak sebati dan menggelegak.
  1. Lobak & kobis yang dah dihiris nipis tadi campurkan dengan sedikit mayonis untuk hasilkan coleslaw.
  1. Untuk ayam mudah je, sebelum goreng korang gaulkan dulu dengan tepung serbaguna yang dah dicampurkan dengan air sikit. Goreng ayam sampai masak.
  1. Lepas tu bolehlah susun hidangan macam yang selalu kedai hidang kat customer tu. Tuang sos blackpepper tadi atas ayam dan siap untuk dihidang!

Senang je kan? Jadi lepas ni mungkin dah boleh jimat banyak bila dah tahu boleh masak sendiri.

@manaishah97

Day 4 puasa : Chicken chopp delicious 😋 nasi goreng udang pedaih tenganga xdan record 😂 #fyp #fyppppppppppppppppppppppp #fypシ #situkangmasaksuami❤️

♬ original sound – Nsyfqhrmn – Nsyfqhrmn

Selamat mencuba!

Kredit gambar & resepi: @manaishah97