Pernah tak korang dengar pasal ikan lumek. Kalau dekat Sarawak, ikan lumek ni memang banyak dijual. Harga pun boleh tahan murah.

Fizikal ikan lumek ni memang agak seram sikit sebab mulutnya yang ternganga dengan gigi tajam lagi. Ngeri la senang kata.

Kredit: @Sarawak_Aritok

Tapi kalau korang nak tahu, ikan lumek ni memang sangat sedap. Buat goreng makan gitu pun memang berselera. Cuma ikan ni kalau beli tak boleh simpan, kena terus masak. Kalau tak nanti dia hancur.

Bila hancur, lagilah tulang yang banyak tadi tu akan jadi bahaya. Jadi jom tengok cara nak buang tulang ikan lumek yang paling senang.

Kredit: Fhatiah Sariaat

Jom follow video daripada Puan Yan Dian ni. Memang nampak mudah bebenolah gaya dia buat tu:

Buang tulang ikan lumi@lumek

Posted by Yan Dian on Wednesday, March 3, 2021

Jadi lepas ni dah tak payahlah nak takut-takut makan ikan lumek. Siang je gaya Puan Yan Dian ni.

Dah siap!

Terima kasih Puan Yan Dian sebab sudi tunjuk cara buang tulang ikan lumek. Nak buat masak celup tepung la. 

Kredit: Babab.net

Lepas tu cicah dengan sambal belacan. Fuh, terangkat! ;p