Belajar basic yang betul untuk pakai makeup, jangan nanti nampak bercapuk atau macam teping gomak.

Hello ladies! Lumrah kan jadi perempuan, suka berhias. So, semestinya semua tahu nak pakai makeup. Paling basic pun, lipstick lah kan. Makeup ni macam salah satu cara untuk kita perempuan mencantikkan diri. Bila kita rasa cantik, dah tentu kita akan rasa yakin untuk berkomunikasi dengan orang lain. Tapi girls, nak bermakeup ni pun ada teknik dia tau! Kalau tak, nanti nampak macam kita pakai topeng. Macam orang tua-tua kata, “macam tepung gomak”. So nak elak dari nampak macam tepung gomak tu, ada beberapa langkah yang perlu kita buat untuk dapat full face makeup yang sempurna.

Dengan Apa Kita Patut Mula?

Okay, bagi yang beginner mesti tak tahu nak mula dengan apa. Lain orang, lain caranya. Sebaiknya, kita mulakan dengan ‘prepping’ muka terlebih dahulu. ‘Prepping’ dibuat sebagai persediaan untuk kulit kita ‘menerima’ segala produk makeup yang akan kita apply nanti. Prepping termasuklah mencuci muka, pakai toner dan moisturizer. Ini dapat mengelakkan muka kita dari breakout ataupun naik jerawat, kulit mengelupas dan sebagainya. Kemudian, pada sis, base ialah proses penting dalam solekan. Base tu apa? Base ialah perkara asas dalam proses solekan. Untuk buat base, kita kena ada Primer and foundation.

Apa Yang Diperlukan?

  • Primer
  • Foundation
  • Concealer
  • Blush/Bronzer
  • Powder
  • Eyeshadow
  • Eyeliner
  • Mascara
  • Lipstick/Gloss

Base yang Flawless

Langkah 1: Sapu primer pada seluruh wajah

Sapuan primer ialah langkah utama bila memakai makeup. Langkah ini boleh membantu untuk dapatkan look yang flawless, better coverage, melembutkan tekstur muka, untuk effect face pores yang kecil dan solekan tahan lama. Terutama bila korang keluar seharian jadi primer is a must!      

My favourite: Smashbox Primerizer dan Benefit Porefessional

Langkah 2: Sapu foundation

Berhati hati ketika memilih tone or shades foundation korang. Jika tersilap memilih, muka akan kelihatan kelabu asap atau gelap. Sapukan foundation dengan menggunakan berus mekap atau beauty sponge yang sudah dibasahkan sedikit di seluruh wajah anda. Pastikan foundation tadi diblend dengan baik dekat seluruh wajah terutama bahagian bawah mata, pipi, area jawline dan juga leher untuk mereka yang free hair. Kalau tidak, makeup korang akan nampak seperti bercapuk dan tidak smooth. Untuk korang yang mempunyai parut atau jerawat, sebaiknya pilih foundation yang full coverage untuk menutupi segala cacat cela di wajah. 

My favourite: L’oreal Infallible range da bomb gila sebab medium to full coverage and sesuai untuk semua jenis kulit and Dior Backstage untuk korang yang suka skin-like finish

Langkah 3: Sembunyikan jerawat dan parut dengan sapuan concealer (Concealing)

Sapukan concealer yang tona warnanya lebih cerah dari warna kulit anda untuk mencerahkan kawasan yang gelap di sekitar wajah seperti bawah mata. Tujuan memakai concealer untuk menyembunyikan parut jerawat atau tempat yang ada kemerahan. Korang boleh pilih sama ada nak sapu menggunakan berus atau jari. Pastikan sekali lagi, conceler tadi diblend dengan baik di tempat tertentu supaya wajah tidak kelihatan berbirat. 

My favourite: Maybelline Age Rewind and Tarte Shape Tape concealer

Langkah 4: Set Your Foundation

Kalau kulit anda normal, korang boleh set foundation anda dekat area zon-T. Tapi direkemenkan untuk korang set di seluruh wajah sama ada dengan setting powder atau compact powder, mengikut keselesaan anda. Gunakan berus buffing untuk ratakan powder ke seluruh muka. 

My favourite: Duck Cosmetics Moisture Lock setting powder

Defining Your Features

Create kening yang on point

Kalau korang memang dah ada kening yang naturally dark and sedia terbentuk, korang boleh skip part ni. Langkah ini khusus untuk kening mereka yang tiada bentuk. Korang boleh gunakan eyebrow pencil or eyebrow pomade, mengikut kesukaan anda

  • Pilih warna eyebrow pencil yang seakan sama dengan warna kening atau rambut anda. 
  • Guna berus sikat eyebrow untuk blend dan sikat kening, supaya produk mudah masuk dengan kening anda. 
  • Setelah sudah lukis dan fill in kening anda, boleh gunakan eyebrow gel untuk set kening supaya kening tak bersepah dan tersusun rapi dan cantik. 
  • Untuk kening nampak lebih extra, boleh sapukan sedikit highlighter dekat kawasan brow bone untuk bagi kening lebih menonjol. 

Add a Colour of Flush to Your Face

Untuk taknak bagi muka korang macam satu tone warna, so kita letaklah blusher sikit. Blusher penting untuk bagi muka nampak sihat and glowing. Guna berus fluffy untuk sapu blusher dekat tulang pipi korang. Kalau sis, sis suka letak blusher dekat hujung hidung, hujung dagu and sikit dekat dahi untuk bagi nampak effect ala-ala sejuk di kota London gitew.

Korang boleh sapu highlighter dekat area atas tulang pipi dan area batang hidung supaya  face feature kita nampak lebih menonjol dan effect instant glowing.

Defining Your Pout

Sebelum pakai gincu, sebaiknya sapukan dulu lip balm pada bibir untuk melembabkan bibir dan tak merekah atau bagi bibir kering bila pakai gincu. Pakai je gincu yang korang suka, nude colour ke, bold ke. Ikut mood atau boleh ikut makeup look sama ada sesuai atau tidak dengan warna gincu yang dipilih.  

Tadaaa! Dah siap! Cantikkan? Barulah yakin nak keluar jenjalan! Langkah bersolek ini sangat mudah untuk korang ikuti. Yang penting kena selalu practice! Bila bermekap ni, tiada salah mahupun tiada betul tetapi mengikut keselesaan dan keyakinan mekap look yang korang buat. 

Okay, I hope dengan tutorial nie, sis sedikit sebanyak dapat membantu korang especially to those yang baru je nak belajar makeup. Till next time. XOXO ☺

https://www.stylecraze.com/articles/how-to-apply-makeup-perfectly/