Masuk je bulan puasa, buah kurma mesti ada. Sebab khasiatnya yang tinggi, ramailah yang memilih buah ini sebagai alas perut supaya badan kekal bertenaga sepanjang hari.

Tapi, ni sis nak tanya. Korang makan kurma basuh dulu ke tak?

Ada setengah orang akan basuh dulu kurma sebelum makan, sebab katanya untuk buang kotoran yang ada dekat kulit kurma termasuklah kulat.

Kredit: Norash Farm

Hmmm..

Yang tak pernah atau jarang gila basuh kurma sebelum makan tu, tak apa. Sebab tak salah pun. Cuma lalu ke tidak korang nak makan lepas tengok video yang viral TikTok ni.

Caranya mudah je:

  1. Masukkan kurma ke dalam bekas.

2. Masukkan sedikit air untuk tenggelamkan kurma dan sedikit garam.

3. Biar dalam 10 minit sebelum tapis kurma tadi, biarkan kering sekejap dan masukkan dalam bekas bertutup sebelum simpan dalam peti ais.

Kalau tengok dekat ending video tu memang agak ngilu jugak lah. Sebab boleh nampak benda bergerak dekat dalam tu.

Jadi lepas tengok video tu, korang nak basuh ke tak kurma sebelum makan?

Kredit video & gambar: @azween_muzani