Musim COVID-19 ni memang takut nak ke hospital atau klinik walaupun sakit. Sanggup tahan dan makan je ubat dekat rumah selagi badan boleh tahan. Tapi sakit kalau dibiarkan, risau jadi teruk. 

Terutamanya dekat warga emas yang ada masalah jantung. 

Tapi baru-baru ni BioD Medica ada umumkan satu elektrokardiogram mudah alih (ECG) yang boleh pantau tahap kesihatan seseorang dari mana-mana je. Peranti mudah alih ini bukan sekadar sesuai digunakan dekat rumah, tapi jugak dekat hospital.

KardiaMobile yang dihasilkan dengan kerjasama AliveCor ini membantu orang yang ada masalah jantung daripada kena tunggu lama-lama dekat hospital untuk pemeriksaan.

Sesuai untuk yang ada busy life, tak adalah terkejar-kejar nak pergi buat checkup. 

Dekat app KardiaMobile ni jugak, user boleh ambil langkah berjaga-jaga dengan suggestion untuk amalkan cara hidup sihat. Terutamanya masa sekarang ni, kes COVID-19 makin meningkat, masing-masing kena jaga diri extra sikit untuk elakkan terkena jangkitan.

Dekat peringkat global, serangan jantung adalah salah satu penyebab utama kematian di peringkat global. Dan punca kepada penyakit ni adalah daripada lifestyle yang tak sihat walaupun kita sedar risikonya.

Jadi dengan bantuan alat ni, korang boleh pantau kesihatan dengan hanya buka je smartphone dengan hanya letakkan jari pada device ni.

Mudah kan?

Kalau mak ayah korang jenis yang takut nak pergi klinik, bolehlah cuba cara ni. Untuk maklumat lanjut, bolehlah lawat website https://biodmedica.com/.