Laksa Terengganu agak berbeza dengan laksa yang selalu kita makan. Rasanya yang sedikit berlemak buatkan yang makan tu nak bertambah-tambah pinggannya.  Nak buat dia tak susah pun sebab guna bahan-bahan yang senang nak jumpa.

Okey, jom sis nak share resepi masakan Malaysia kuah laksa Terengganu yang sangat mudah dan sedap. Sesuai untuk makanan isi keluarga.

Bahan untuk kuah:

  • 1 kilo ikan selayang segar direbus bersama garam dan asam keping dan diambil isinya. Isi ikan dikisar. 

Bahan kisar:

  • 2 ulas bawang besar merah
  • 3 ulas bawang putih
  • 4 hiris lengkuas
  • 4 hiris kunyit
  • 1 inci halia
  • 2 sudu rempah masak cap bunga ros
  • 2 sudu rempah gulai cap bunga ros
  • 5-6 sudu cili kisar
  • Setengah sudu asam jawa
  • Setengah sudu belacan
  • 700 gram Santan 
  • Minyak untuk menumis 
  • 1 keping nisan ( gula melaka ) 
  • Garam dan gula secukup rasa

Cara penyediaan:

  1. Satukan bahan kisar bersama rempah dan cili kisar.
  2. Tumis hingga naik minyak.
  3. Masukkan air asam jawa dan belacan.
  4. Masukkan santan dan isi ikan, nisan, garam dan gula.
  5. Masak hingga pecah minyak.

Ulam jangan dilupakan ya. Kuah laksa Terengganu ni bertambah-tambah sedap kalau pelbagai ulam disertakan bersama. Makin naik serilah bak kata orang. Antara ulam yang boleh uolss cuba:

  • Daun kemangi
  • Kobis
  • Kacang panjang
  • Taugeh
  • Timun

Hasilnya~

Bahan-bahan ni kalau takk tahu nak dapatkan dekat mana, uolss boleh je pergi TFValue Mart sebab dekat TFValue Mart semua ada dijual. Memang mudah dan cepat. Tak payah pergi tempat lain. Settle masalah.

Lagipun, harga barang dekat TF Value Mart ni memang mesra poket rakyat marhaen macam kita ni.

Selamat mencuba!

Kredit resepi & gambar: Zaky Mat Ali

Semoga perkongsian ini bermanfaat untuk uols!

Stay tuned untuk next artikel okay, sebab SW akan menunjukkan resepi yang lebih menarik untuk uols try!

Gunalah bahan yang lebih segar dari TFVM yang telah menyajikan pelbagai produk untuk uols sejak 1957 melalui 37 cawangan seluruh Malaysia. So jangan lupa singgah, sebab TFVM sentiasa menyediakan barangan segar untuk anda SETIAP HARI!