Sekarang ni kan tengah in trend menu makanan Korea. Paling femes mestilah ayam korea pedas tu. Tapi tak dinafikan, harga untuk menu ayam Korea ni boleh tahan jugak. Nak makan, tak boleh selalu.

Jadi, solusinya apa kata buat sendiri je dekat rumah? Masak mudah dan cepat dengan resepi mudah ni uolss.

Bahan:

  • 5 ketul kepak ayam
  • 6 sudu kicap cair (beli yg less salt)
  • 5 sudu madu
  • 2 sudu tomato (boleh ganti dengan cuka kalau takde)
  • 3-5 ulas bawang putih (cincang halus)
  • sedikit halia (cincang halus)
  • cili flakes / cili kering digunting kecik²
  • tepung ubi kayu atau tepung jagung (nak lebih rangup, guna tepung ubi atau potato starch)
  • bijan

Cara penyediaan:

  1. Rendam ayam sekejap dalam air garam. Bilas ayam dan tapis. Tak perlu basuh beria sebab kejap lagi nak salut ayam dengan tepung.
  1. Goreng ayam dengan minyak panas sampai tepung tu dah masak. Bila dah masak, tapis ayam tadi.
  1. Kecilkan api dan biar ayam rehat sekejap untuk sejuk sebelum goreng sekali lagi. Tak perlu lama.
  2. Sambil tunggu tu, boleh tumis bawang putih dengan halia yang dicincang halus dengan chilli flake sampai warna keperangan dan masukkan kicap cair, sos tomato, madu. Biar pekat tapi jangan pekat sangat pulak. Kalau pekat boleh tambah sikit air.
  1. Agak-agak dah dapat kepekatan yang nak, masukkan ayam dalam sos dan gaul sekata.
  1. Sebelum hidang, taburkan bijan untuk feeling macam dekat kedai.

Senang je kan? Selamat mencuba!

Makan panas-panas, sambil layan cerita Korea, memang layan.

Kredit resepi & gambar:Wan Luqman

Semoga perkongsian ini bermanfaat untuk uols!

Stay tuned untuk next artikel okay, sebab SW akan menunjukkan resepi yang lebih menarik untuk uols try!

Gunalah bahan yang lebih segar dari TFVM yang telah menyajikan pelbagai produk untuk uols sejak 1957 melalui 37 cawangan seluruh Malaysia. So jangan lupa singgah, sebab TFVM sentiasa menyediakan barangan segar untuk anda SETIAP HARI!