‘Her Stories’, Sampaikan Maklumat Tepat Dalam Bual Bicara Tentang Kesihatan Wanita
Kalau tengok populasi dunia, wanita yang mendominasi. Tapi sampai ke hari ni, topik tentang wanita masih lagi dianggap sebagai tabu.
Sempena dengan Hari Wanita Antarabangsa 2022, Pusat Perubatan Sunway, Bandar Sunway lancarkan Her Stories, sebuah siri digital yang bicarakan tentang wanita daripada segi fizikal, emosi dan sosial dan usaha untuk mencapai kehidupan yang lebih baik.
Diacarakan oleh Cheryl Samad, Her Stories membawakan barisan tetamu yang terdiri daripada mereka yang berpengaruh seperti Xiadria Ooi, Choo Mei Sze, Profesor Dr Elizabeth Lee, Datin Dr Halina Yunos dan pakar perubatan dari Pusat Perubatan Sunway.
Antara topik yang akan dibicarakan ialah mengenai kanser, kehamilan lewat usia, antara wabak COVID-19, kerjaya dan tanggungjawab sebagai ibu serta identiti dan penuaan.
Korang boleh tonton siri yang ini dekat YouTube Sunway Medical.