Kreatif… polis India pakai topi keledar ‘Corona’ bagi rakyat sedar

Waah… Ini menarik Cik Ju tengok! Disebabkan ada pihak tertentu yang dah tak nak dengar arahan, polis di India bertindak kreatif pakai topi keledar berbentuk covid-19 supaya rakyatnya sedar betapa bahayanya virus tu.  

Ia adalah hasil kerjasama dengan pihak polis untuk menghasilkan topi keledar tersebut. Juga dikenali sebagai topi keledar “Corona”, ia kini dipakai anggota polis khususnya yang bertugas dalam sekatan jalan raya.

“Orang ramai dalam jumlah yang besar belum menganggap ia sebagai wabak yang serius. Saya dapat idea ini dan menggunakan topi keledar rosak dan kertas,” jelas artis yang mereka topi keledar tersebut.

Menurut India Today, pendekatan itu ternyata membawa perubahan positif dalam menanam kesedaran buat orang ramai.

“Kita ambil semua langkah tapi orang masih keluar. Dengan topi keledar Corona, kita mahu mereka tahu bahawa ini wabak yang serius. Apabila saya pakai, orang ramai akan terbayang mengenai Covid-19.

“Kanak-kanak misalnya, terus ajak balik rumah lepas lihat topi keledar ini,” katanya lagi.

Eh, jangan cakap kanak-kanak, silap hari bulan dengan Cik Ju pun lari lintang pukang kalau topi keledar Corona ni depan mata! Haha

sumber gambar : India Today