Buka je TikTok, merata fyp pasal resepi cendawan enoki butter. Rata-rata puji memang sedap gila. Masalahnya, video masing-masing memang sangat menyelerakan. Terutamanya part makan tu. Puas hati tengok muka kesedapan masing-masing menikmati.

Buat pengetahuan korang, resepi ni daripada Anju. Cara nak masak simple sangat. Jom tengok CEO of Asmr Mukbang kita try.

Bahan-bahan:

  • Cendawan enoki
  • Butter
  • Sedikit air
  • Stok ayam

Cara masak:

  1. ‘Pecahkan’ cedawan enoki.
  2. Panaskan pan, masukkan butter dan cendawan.
  1. Kacau perlahan enoki dan tambahkan air sikit.
  2. Tak lama lepas tu korang boleh tambah butter lagi sikit kat atas dan tambahkan sikit stok ayam atau garam. Korang boleh jugak tambah bawang putih tau.

Lepas dah siap, korang boleh perah lemon sikit dan taburkan chili flakes sebelum ngap! Fuh memang sedap betul.

Kena try ni. Buat kudap-kudap movie night pun macam best kan? Cheat day betul ni. 

Btw, kalau korang nak try version lain korang boleh je search #cendawanenokibutter dekat TikTok. Banyak yang menarik boleh korang try.

Selamat mencuba!

Video: @azarinaanjoulie_