Kisah Adam dan Nuha dalam episod akhir drama Aku Tanpa Cintamu berjaya buat penonton rasa serba tak kena.
Mana tidaknya, sebab tak dapat terima hakikat Nuha nak tinggalkan dia, Adam sanggup biarkan Nuha digantung tak bertali. Akhirnya beliau setuju untuk menceraikan Nuha, dengan cara menebus talak sebagai syaratnya.
Tapi masa di mahkamah syariah, korang boleh nampak yang Adam ni masih sayang dekat Nuha tapi sedar semuanya telah terlambat. Lepas tu mulalah satu demi satu berlaku sampai mak Adam mengungkit dan menyamakan Adam ni macam ayahnya.
Berang dengan tuduhan tu, Adam baling pasu ke arah maknya menyebabkan maknya pengsan. Akhirnya Adam dipenjarakan. Semasa Nuha melawat Adam di penjara boleh nampak yang keadaan Adam ni tak tentu arah.
Masa ini jugalah penonton macam kesian dekat Adam sebab sikap narsistiknya terbentuk akibat trauma yang dia hadapi. Ditambah dengan sikap maknya yang suka menghasut memang tak indahlah kehidupan Adam semasa membesar.
Banyak pengajaran daripada drama ni. Walaupun perangai Adam, Nuha dengan mak Adam tu kadang-kadang kita pun boleh sakit jiwa.