Inilah masanya untuk uols mengerlipkan pergelangan tangan dengan aksesori jam tangan pintar daripada Garmin Women’s Collection! “Your Time To Shine” merupakan kempen yang berkhususkan para wanita diluar sana untuk kelihatan lebih menawan dengan memperagakan jam daripada jenama Garmin. Bukan hanya untuk kelihatan cantik dan glamer semata-mata, jam tangan pintar ini sangat sesuai untuk dibawa ketika melakukan aktiviti ‘outdoor’. Bak orang jawa kata ‘2-in-1’ eh! Hihi.

Scoppen Lin yang merupakan ‘Assistant General Manager Garmin Asia’ berkata, mereka ingin menjadikan bulan November ini bulan yang lebih bermakna untuk menghargai para wanita yang telah banyak berkorban dalam melangsungkan kehidupan seharian, juga menyemarakkan lagi golongan wanita untuk memiliki gaya hidup lebih sihat serta dapat menyeimbangkan semua perkara dalam kehidupan.

Buat masa sekarang sedang berlangsungnya promosi besar-besaran bagi koleksi khas para wanita. Promosi dijalankan sehingga 16 November tau uols, boleh lah tu nak buat ‘self-reward’ untuk diri sendiri kan? Kalau uols nak tengok koleksi-koleksi cantik yang lain boleh ke  www.garmin.com.my.