Siapa sangka, selalu tampil dengan imej happy go lucky, pelantun lagu Madah Berhelah ini rupanya ada menyimpan kisah duka yang menyayat hati.

Sekitar 4 tahun lalu, industri hiburan tanah air dikejutkan dengan laporan polis daripada Ziana Zain terhadap suaminya dengan sebab mengakibatkan kecederaan terhadap anak lelakinya yang menghidap ADHD.

Dalam beberapa potongan klip rancangan ‘Next to Neelofa’, beliau yang mesra menggelarkan diri sebagai Kak Gee akhirnya membuka cerita mengenai apa yang berlaku dalam rumah tangganya yang bersuamikan lelaki panas baran.

Akhirnya dengan kekuatan selepas mengerjakan solat istikharah, Kak Gee akhirnya nekad dengan keputusannya pada 4 tahun lalu. 

Kredit video: TikTok search Next to Neelofa via Astro Ria.