Pernah terfikir tak yang daripada botol plastik, kita boleh hasilkan selendang yang selesa dan cantik?

Jangan tak percaya sebab kerjasama daripada Spritzer dan TudungPeople dah buktikan yang selendang boleh dihasilkan dengan menggunakan botol plastik! 

Dengan menginspirasikan reka bentuk daripada botol ICON Spritzer, lapan botol plastik yang dikitar semula telah digunakan bagi menghasilkan sehelai selendang limited edition Hutan Hujan ini.

Bukan sahaja selendang, malah turut tersedia scrunchie yang menggunakan imej flora hutan hujan dengan warna biru firus sebagai latar belakangnya. Motif bunga orkid, paku-pakis dan monstera menjadikan selendang dan scrunchie ini berjaya menawan hati setiap mata yang memandang.

Dengan harga RM179 sehelai untuk selendang dan RM25 untuk scrunchie comel ini, korang juga boleh dapatkan ia secara set dengan harga RM184 sahaja. Dah jimat RM20!

Dengan kerjasama bersama TudungPeople, ini merupakan salah satu usaha Spritzer dalam menuju masa depan yang lestari dan berkongsi memberikan galakan untuk amalan lestari.

Cuba bayangkan kalau selendang pun terhasil, apa lagi item yang boleh dihasilkan dengan menggunakan botol plastik ini?

Spritzer: https://shop.spritzer.com.my/

TudungPeople: https://tudungpeople.com