Dua tiga hari ni perasan tak dekat timeline korang ada lalu tentang sejenis ikan yang rupanya agak mengerikan. Ramai yang tak tahu kewujudan ikan ni dan fikir ia adalah ikan yang tak selamat untuk dimakan. Mungkin sebab rupanya kot.

Tapi!

Korang tahu tak yang ikan ni memang sangat sedap. Isinya memang lembut dan manis. Bila dah cuba baru tahu rasa sedap dia macam mana. Tak perlu masak beria, kalau korang buat celup tepung pun dah sedap sangat!

Caranya mudah je.

  1. Siang ikan menggunakan gunting. Potong bahagian kepala, dan perut. Jangan lupa juga buang sirip semua. Ikan ni tak ada sisik tau. Jadi senang je nak cuci.
  2. Lepas dah cuci, masukkan ke dalam bancuhan tepung. Paling mudah guna tepung Bistari je. Perap dalam 30 minit untuk rempah masuk ke dalam isi ikan.
  3. Sebelum goreng, salutkan ikan sekali lagi dengan tepung tanpa dicampurkan dengan air. 

Hasilnya luaran bahagian tepung sangat crispy. Tapi bahagian isi ikan masih lembut. Tulang ikan lumek ni pun boleh dimakan begitu sahaja tau. 

Selamat mencuba!

Kredit gambar utama: Nurul Maizatul Fitri Hashim/ Shamsiah Zba via MAHN