Walaupun episod akhir dah ditayangkan, drama Rindu Kasih lakonan Ummi Nazeera masih lagi menjadi sebutan sehingga hari ini.
Berjaya membuatkan penonton turut bersedih dengan perjalanan hidup watak Salina, Ummi Nazeera sekali lagi membuktikan mutu lakonannya yang bukan biasa-biasa melalui satu babak dalam drama tersebut.
Ramai yang melelehkan air mata menonton babak Salina memandikan jenazah ibunya dalam keadaan bergari sambil ditemani seorang anggota polis wanita. Melihat babak tersebut tanpa mengetahui apa yang berlaku ‘behind the scene’ membuatkan penonton merasa ada yang berbaring menjadi jenazah.
Namun tahukah korang, yang jenazah tersebut sebenarnya merupakan imaginasi Ummi Nazeera sahaja. Selain daripada teknik kamera yang digunakan, penonton berjaya ditipu dan merasa tertipu.
Memang real gila. Kita kalau dekat situ kena berlakon dengan berimaginasi macam tu, mau tergolek mengekek.
Tabik lah Ummi!
Video: TikTok @ajuahmad_