MALAYSIA lululemon telah melancarkan kedai jenamanya, eksklusif di Lazada, peneraju platform e-dagang di Asia Tenggara baru-baru ini. Kedai flagship rasmi di LazMall, saluran jualan Lazada menawarkan pengalaman membeli-belah yang istimewa, sekaligus menandakan kerjasama e-dagang pertama buat lululemon di Asia dan memperkukuhkan lagi aspirasi jenama ini dalam mencipta sebuah platform jualan yang lebih meluas berpandukan strategi pertumbuhan Power of Three x2. Mesti peminat setia lululemon tengah bersorak kan? hihi.
Menerusi strategi pertumbuhan Power of Three x2 lululemon, jenama ini akan memberikan tumpuan bagi mewujudkan dan memperkukuhkan hubungan serta sentuhan tempatan di samping memperkenalkan jenama ini kepada lebih banyak komuniti di seluruh dunia sama ada menerusi capaian fizikal mahupun digital. Kerjasama lululemon bersama Lazada membolehkan lebih ramai pelanggan di rantau ini untuk mendapatkan akses terus kepada inovasi produk lululemon, dan membolehkan jenama ini untuk terus memacu pertumbuhan digitalnya.
Sempena tahun baharu ini, lululemon melancarkan kempen baharu – PROGRESS. YOUR WAY, bagi menggalakkan orang ramai untuk terus menjadikan tahun 2023 sebagai tahun yang terbaik buat diri mereka – sama ada dengan memulakan komitmen untuk kekal cerdas, membuat pilihan yang lebih sihat atau pun berazam untuk menjadi lebih aktif. Sempena Super Brand Opening rasmi Lazmall pada 12 Januari di Malaysia, para pelanggan berpeluang untuk menikmati potongan harga terhad bagi rangkaian produk yoga, latihan (train) dan larian (run) lululemon di Lazada. Haa tunggu apa lagi tu!
Bagi mendapatkan lebih banyak maklumat mengenai kerjasama lululemon bersama Lazada boleh ke laman sesawang mereka Lazada dan lululemon.