Dalam hidup ni, kita sentiasa perlu bersedia dengan segala cabaran yang datang. Kadangkala cabaran tersebut buatkan kita ‘terkejut’ kerana ia tidak boleh dijangkakan. Dengan setiap kejutan juga, ada pelbagai kesan daripadanya, sama ada ia yang baik atau pun tidak.
Seperti yang berlaku pada Hannah, seorang usahawan kedai hiasan yang secara tiba-tiba diuji dengan sesuatu perkara yang langsung tidak dia sangkakan. Satu hari, Hannah bangun dan mendapati dirinya berada sekatil dengan seorang lelaki yang tidak dikenalinya.
Kerana insiden itu, hidup Hannah berubah 100%. Dia disisihkan keluarga sehingga memilih untuk melarikan diri daripada semua orang.
Tetapi siapa kita mahu menolak takdir?
Beberapa tahun kemudian, Hannah bertemu semula dengan lelaki tersebut, Luth Mikail yang memohon kemaafan dan meminta sebuah perhubungan bersamanya.
Itu yang berlaku dalam drama kontroversi ‘Ku Akad Kau dengan Bismillah’ lakonan Sophia Al Barakbah, Alif Aziz, Jasmine Suraya dan ramai lagi yang ditayangkan setiap isnin hingga Jumaat jam 7 malam di TV3.
Kalau korang kat tempat Hannah, apa yang korang buat?