Akan Bayar Secara Ansuran Dengan Duit Sendiri, Hidayah Tak Setuju & Gesa Ali Puteh Selesaikan Bayaran

Nampaknya kemelut antara Siti Norhidayah, balu arwah Abam dan adik arwah, Ali Puteh nampaknya masih lagi tidak nampak penyelesaiannya.

Selepas 2 tahun, kes saman fitnah yang difailkan memihak kepada Hidayah dengan keputusan di mana Hakim Mahkamah Sesyen Shah Alam memerintahkan Ali membayar ganti rugi sebanyak RM60,00 kepada balu arwah abangnya.

Beberapa hari lalu, dalam satu video, Hidayah meminta Ali mempercepatkan bayaran seperti yang diperintahkan mahkamah. Memberi respon kepada permintaan Hidayah, Ali menjelaskan akan membayar jumlah tersebut secara ansuran kepada Hidayah dengan duitnya sendiri. 

Malah pihak peguamnya juga sudah menghantar surat mengenai perkara tersebut kepada peguam Hidayah tetapi dimaklumkan masih belum menerima maklum balas berkaitannya.

Namun Hidayah dalam kenyataan terbaharu tidak setuju dan menggesa Ali menyegerakan pembayaran jumlah tersebut tanpa kaedah ansuran kerana tempoh yang diberikan agak lama. Malah peguamnya juga sudah memberi notis selama 21 hari untuk memberi jawapan, namun pihak Ali dikatakan tidak memberi sebarang jawapan.

Untuk pengetahuan, bayaran RM60,000 yang diperintahkan mahkamah kepada Ali dan tiga ahli keluarganya adalah kerana mengeluarkan kata-kata mengaibkan Hidayah di Instagram 2 tahun lalu.