Pernah dengar tak kajian yang mengatakan kentut di hadapan pasangan dapat menambahkan kepercayaan, ketulusan dan tanda penerimaan korang kepada pasangan?
Mungkin tak semua orang setuju dengan kajian ini. Ini kerana terdapat satu kes di mana seorang wanita mengadu selepas ‘terlepas’ kentut di hadapan suaminya, ikatan perkahwinan mereka mengalami ‘tekanan’.
Wanita yang dikenali sebagai Sam itu turut mengadu suaminya, Rob enggan memaafkannya biarpun perbuatan itu hanya pernah berlaku sekali dalam perkahwinan mereka selama 9 tahun. Sejak dari itu, suaminya tidak berhenti memalukannya kerana perkara tersebut.
Kata Rob perbuatan itu sangatlah tidak sopan untuk seorang wanita terutamanya apabila dilakukan di hadapan suami.
Sedangkan pada ketika itu, menurut Sam beliau sudah tertidur dan tidak fokus untuk ‘menahan’ kentutnya sebelum terlepas tanpa sengaja.
Macam-macam ye peel orang ni. Korang pernah kentut tak depan pasangan? Reaksi dorang macam mana?
Sumber: LAD Bible
Kredit gambar utama: @gokercy61 via freeimages.com