Rasanya dah lama sis tak menghasut uols betul tak? Tak apa, another day another hasutan. Watsons Malaysia baru-baru ini mendedahkan kedai konsep lebih hijau pertamanya di The Tropika, Bukit Jalil dengan lebih 700 produk sustainable yang tersedia! Ha ready tak uols para-para gadis menawan untuk mula menyerbu bersama insan tersayang? Hihi.

Sempena Watsons 29 tahun di Malaysia, ‘Watsons Greener Store’ adalah satu inisiatif dalam pasaran untuk mempromosikan usaha yang lebih sustainable.  Berkeluasan 1,922 kaki persegi, menampilkan bahan lestari hijau, perabot modular terpakai semula dengan kecekapan tenaga termaju melalui penyaman udara mesra alam dan panel lampu kedai serta dilengkapi dengan rangkaian luas produk dan perkhidmatan lestari yang eksklusif.

‘Watsons Greener Store’ juga melancarkan program kitar semula dalam kedai bekerjasama Persatuan Pengurusan Sisa Malaysia (WMAM). Program ini membolehkan pembeli mengambil bahagian dalam bertanggungjawab dengan menderma bahan pembungkusan terpakai yang dibeli di Watsons. Yang ni I likeeeee! 

Terdapat empat tonggak baru telah diperkenalkan juga iaitu Clean Beauty, Better Ingredients, Better Packaging dan Refill yang juga boleh didapati di ‘Watsons Greener Store’. Selain itu, terdapat stesen isian semula untuk Naturals by Watsons, aktiviti penglibatan dalam kedai, membeli-belah O+O dan banyak lagi. Jadi uols kena datang dan lihat sendiri Watsons The Tropika, Bukit Jalil dengan mata kasar, yang penting tangan tu nanti mesti laju je nak sambar semua produk!