Isu antara pengarah dan pelakon, Syamsul Yusof dan Puteri Sarah nampaknya masih tidak menemui jalan penyelesaiannya.
Biarpun begitu, ramai yang adore dengan hubungan baik dan kasih sayang yang ditunjukkan keluarga mentua Puteri Sarah kepada beliau. Sudah menganggap Sarah seperti anak sendiri, dimaklumkan ibu dan bapa Syamsul Yusof iaitu Datin Patimah Ismail dan Datuk Yusof Haslam bakal menjadi pencelah dan saksi dalam kes tersebut.
Malah Puteri Sarah sendiri mendedahkan ibu mentuanya ada menelefonnya bagi menyatakan sokongan mereka kepadanya dan sentiasa ada dengan saya.
Dalam perbicaraan terbaru pada Mac, Puteri Sarah mendedahkan pernah dipukul dan perkaa tersebutnya membuatkannya keluar dari rumah pada tahun 2020. Peguam Puteri Sarah, Datuk Akberdin Abdul Kader mengatakan ia adalah salah satu fakta anak guamnya keluar dari rumah selepas didakwa nusyuz oleh Syamsul Yusof.
“Sebolehnya saya tak mahu buka cerita mengenai kejadian itu, tapi disebabkan Syamsul tidak mahu melepaskan saya maka saya dedahkan kepada mahkamah.
Sebelum ini saya bertindak berdiam diri kerana masih menyimpan rasa sayang. Tambah pula, bila orang kata saya buka aib ketika itu, saya tak nak buat apa-apa tindakan atau buat laporan polis. Tiada siapa yang tahu mengenai perkara itu.
Namun yang selamatkan saya ketika itu ialah ibu mentua saya. Dia yang keluarkan saya daripada rumah dua tahun lalu. Malah Syamsul pun tahu kenapa.”
Sumber: Harian Metro
Kredit gambar: MStar Online