Anak-anak merupakan jantung buat para ibu! Sebab itu setiap ibu ingin memberikan makanan yang terbaik  dan berkhasiat demi menyokong tumbesaran dan perkembangan si manja. Sehubungan dengan itu, Fernleaf memperkenalkan Susu Tepung Rumusan Kanak-Kanak iaitu Fernleaf MultiGrain+ baharu. Ia menggabungkan susu dan tiga jenis bijiran – gandum, beras dan jagung yang memenuhi keperluan nutrisi penting agar kanak-kanak dapat membesar dengan tinggi dan kuat serta membuatkan mereka berasa kenyang. 

Justeru, ia membantu menghilangkan kerisauan setiap mak-mak di luar sana dimana dengan pengambilan susu ini, anak-anak mendapat pemakanan seimbang dan menyokong keperluan tenaga mereka. Kombinasi gandum, beras dan jagung yang sangat halus ini membolehkan si manja mendapat tenaga yang diperlukan bagi menjalani aktiviti harian dan menikmati rutin minum susu seperti biasa. Selain itu, Fernleaf MultiGrain+ baharu ini mengandungi nutrien penting seperti 5X DHA*, kalsium, protein, serta 18 vitamin dan mineral untuk kanak-kanak membesar dengan tinggi dan kuat. 

Lim Siew Poh, Pengarah Pemasaran, di Fonterra Brands (Malaysia) Sdn Bhd berkata “Kajian kami menunjukkan bahawa ramai ibu menghadapi kesukaran untuk memastikan anak-anak mereka yang aktif berasa puas dan kenyang, terutamanya di antara waktu makan. Oleh itu, berdasarkan komitmen kami yang tidak berbelah bahagi terhadap inovasi dan R&D, kami ingin memperkenalkan konsep campuran susu dan bijirin dalam susu tepung rumusan kami untuk kanak-kanak.”

Tambahnya lagi “Dengan cara ini, kanak-kanak akan terus menikmati khasiat susu Fernleaf yang dikenali, dan pada masa sama, berasa kenyang dengan adanya campuran bijirin. Kami juga memastikan bijirin yang digunakan adalah halus supaya kanak-kanak dapat terus menikmati kebiasaan rutin susu harian mereka. Secara ringkasnya, Fernleaf MultiGrain+ baharu menawarkan pilihan yang mudah dan berkhasiat yang boleh dipercayai oleh para ibu untuk membantu memastikan anak-anak mereka berasa kenyang sambil menyokong mereka untuk membesar tinggi dan kuat. Ia boleh dinikmati pada bila-bila masa sepanjang hari, sama ada untuk sarapan pagi, sebagai snek tengah hari, di antara waktu makan atau selepas makan malam!”

Kini, Susu Tepung Rumusan untuk Kanak-Kanak Fernleaf MultiGrain+ boleh didapati di kedai runcit utama, pasar raya dan pasar raya besar di seluruh negara serta dalam talian melalui Shopee dan Lazada dengan harga mampu milik RM25.90 untuk pek 800g. Untuk maklumat lanjut, sila layari laman Facebook Fernleaf Malaysia: https://www.facebook.com/fernleafmalaysia