Perkongsian yang sangat bagus untuk semua wanita tahu. 

A close up of a logoDescription automatically generated

Ikutkan masih ramai wanita yang belum tahu apa itu cyst dan apa pulak kaitannya dengan period pain. Ikuti perkongsian dari Sophiee Talib yang dibuat di Twitter. 

Siapa nak tahu kaitan ovarian cyst dan period pain? Sebab ramai lagi yang tak aware pasal ketumbuhan cyst di ovary. Biasalah orang kata dah kena baru kita ambil tahu mengenai ini. 

A picture containing indoor, monitor, wall, electronicsDescription automatically generated
A picture containing indoorDescription automatically generated

Jom mula. Aku berumur 21 tahun sekarang. Memang sejak aku 18 tahun, aku ada period pain yang teruk gila. Cramp dari pinggang ke bawah. Sakit perut yang teruk. Pernah sekali macam nak pitam sebab sakit sangat. Wajib ambil cuti sakit setiap kali period. Tapi period aku tak pernah miss, mesti on time. Kawan-kawan memang tahu lah aku period pain memang minta nyawa. Tapi aku ingat period pain itu biasa! Plus aku punya period on time so aku tak pernah fikir apa-apa. 18 tahun layan sakit setiap kali period, aku memang tak pernah berjumpa dengan doktor untuk periksa. Biasa mintak surat cuti sakit je dan aku memang kena telan panadol pink untuk tahan sakit. 

Panadol pink takkan buat korang mandul ye! Biasa orang sanggup tahan sakit dari telan panadol sebab mitos bolej jadi mandul ni. Aku dah jumpa 6 – 7 orang doktor, semua cakap panadol pink will not harm you. So girls out there, kalau sakit sangat, telan je. Jangan seksa diri! Aku mula pergi hospital sebab perut aku belah kiri sakit sangat. Which is bahagian usus besar. Aku sakit sebab I have difficulty utk buang air besar. So aku pergi check doktor dan bila doktor check perut aku, dia cakap perut aku bengkak. Aku ingat perut aku bengkak sebab aku buncit gemuk. Aku zaman sekolah sampai 19 tahun memang gemuk ye. Lepas diet tahun lepas baru aku lost 10 kg tapi kat perut still buncit. So aku ingat lemak tu lemak degil haha

Bila doktor check, dia cakap perut aku tak sesuai dengan badan aku, which is perut aku terlalu besar untuk saiz badan aku. So prosedur dia, memang dia akan tanya kalau kita mengandung. If kau cakap kau tak mengandung pun memang dia akan suruh buat urine test. Ni memang prosedur dia ye! Jangan kau meroyan kat situ sebab doktor tak percaya dan tuduh macam-macam. So aku ikut je. Urine test memang tak mengandung. So doktor terus pergi scan. Time scan doktor tak dapat detect masalah dia apa. Masa tu cyst dah penuh satu perut. 

But still dia tak tahu itu apa! Penuh satu perut, ovary, kidney, rahim aku semua dah tak nampak sebab cyst tu dah tutup penuh perut aku. Usus aku dah ke bawah. Masa ni aku dah stress dah sebab doktor pun tak tahu. Dia buat appoinment aku bulan depan ke  pakar sakit puan. Aku time ni dah stress sebab tahu ada something wrong with my body tapi dia buat appoinment aku lambat sangat. So aku pegi klinik swasta untuk periksa sekali lagi. Kat klinik swasta doktor situ scan lagi sekali, dia terus tahu yang tu huge ovarian cyst and dah ada risk untuk pecah. Sebab its too big! Takut dah takleh tampung lagi. So lepas aku tahu, esoknya aku pergi hospital kerajaan lagi dan doktor terus cepatkan appointment next 2 weeks. Tu dah paling awal dah aku boleh dapat. Next 2 weeks aku datang pakar sakit puan, doktor check saiz perut aku dah macam 30 weeks pregnant. Ha korang kira lah sendiri berapa bulan. Lepastu doktor scan lagi sekali. The exact size was 18x13cm. Lepas tu, dia set kan appoinment aku untuk buat ct scan. Ct scan ni lagi detail dari scan biasa tu. Ni dia scan lagi detail setiap organ badan kita. Which in my case, ct scan untuk pelvis abdoment. Appoinment ni pun kena tunggu 2 weeks. Time ct scan ni, dia akan masukkan ubat dalam badan. Ubat tu sakit, kau rasa dia masuk dalam urat kau, and akan rasa panas. After settle aku kena tunggu result scan dalam 1week. 

After result keluar, aku pergi pakar sakit puan lagi. Time ni doktor explain result ct scan tu. I have huge ovarian cyst. Which is besar dia 18cm kat ovary kanan. Tapi dia tengok bentuk cyst tu macam bukan cancer. And dalam tu just lendir. Rahim okay. Ovary kiri nampak okay. Usus aku dah terganggu sebab cyst tu dah himpit dia. That’s why I have difficulty untuk membuang. But usus okay, kidney pun okay. So doktor pakar pun discuss pasal kaedah operation aku dan tarikh. Sebab cyst aku dah besar sangat, diorang kena buat major operation. And kena totally remove right ovary. Tapi sebab aku muda lagi, dorang akan buat fertility sparing. Which simpan ovary kiri and rahim supaya aku ada peluang untuk pregnant in future. Sebab ini major operation so kena full bius. Time ni kena jumpa pakar bius pula untuk check if my body fit untuk buat operation tu.

Time ni memang dia cite yang buruk-buruk supaya kita tahu apa side effect dia. Operation aku ni macam operation orang beranak ceaser. Cuma aku punya menegak dari bawah pusat until atas ari-ari. Maybe dia akan extend sampai atas pusat if dia tak dapat keluarkan cyst tu dengan betul. Doktor explain dulu semua tu dan set tarikh. Disebabkan aku buat kat hospital kerajaan so kena tunggu lama. Dalam 2 minggu macam tu. Before tu kena amek darah banyak kali termasuk darah untuk test cancer. Time ni aku buat kat lab swasta sebab kerajaan punya rosak. Dalam sebulan tu aku rasa lebih 6 kali aku ambil darah. Untuk macam-macam sebab. Result darah untuk cancer alhamdulilah tiada. Tapi cancer ni dia betul betul boleh tahu after operation and hantar sample tu. Buat masa sekarang macam takde. Tapi macam jelah! 

Aku masuk wad awal 2 hari sebab darah rendah. Aku makan hati banyak-banyak sebab aku takut nak masuk darah. Sebab tahu kalau masuk darah ada banyak side effect yang kita mungkin dapat. Time nak operation tu alhamdulillah darah aku dah cukup. So tak perlu tambah darah. Dekat 2 hari aku kena puasa before operation. Minum ubat cuci usus sebab nak usus kosong before operation. Time ni cucuk jarum tu dekat 10 kali. Sebab kena guna jarum besar untuk operation. Yang warna hijau tu. Plus urat pula halus-halus. Doktor tak jumpa urat. Jumpa pun kejap je bengkak dah. Kena cucuk kiri kanan ye. Standby kalau tanagn kiri punya takleh guna, ada tangan kanan pulak. Pagi operation tu dia masukkan tiub kencing. Sebab lepas operation memang aku takkan larat nak p tandas. Ngilu dia tu aduh. Weh aku belajar untuk jadi doktor bangunan je tau. Bukan doktor manusia so aku tak tahu apa nama alat-alat tu. Aku bedal jelah sebut apa yang aku faham tau! Before operation memang dia akan suruh sign bermacam form. Sebab dah 21 tahun so tak perlu consent parents. Consent sendiri je. Time ni pakai sakit puan akan jumpa explain, pakar bius dan bermacam-macam lagi doktor. 

Penting untuk kita tahu operation apa yang kita buat, organ apa yang akan di remove. Sebab dalam bilik bedah nanti, doktor akan tanya kau balik. So kau kena faham tau. Tak boleh confuse time ni! Pagi operation tu nurse dah readykan aku 30 minit awal. Kat luar operation theatre. Masuk dalam tu dia akan tanya nama dan pembedahan apa. So lepas ni dia dah masukkan bius so aku dah tak sedar apa dah. Aku operation dari 9pagi hingga 12.30pm. After siap operation memang dorang akan kejut supaya kau bernafas sendiri dan tak depend kat mesin. Sebab full bius  dia takut paru-paru kita lupa untuk bernafas sendiri. Dia akan tengok kondisi kau sepanjang 30 minit lepas operation. Time ni dorg kejut, aku mamai lagi. Tapi sakit dia nauzubillah. Sakit sangat perut aku. Even bius tak habis lagi. Time ni aku tahu la orang beranak ceaser sakit macam mana.

Sayanglah mak korang tau! Operation aku 10 jahitan dari bawah pusat sampai atas ari-ari. Ni kat kawasan perut tau. Yelah sebab most member lelaki aku ingat aku operation kat vagina. Tu la kecil-kecil masa belajar sains korang tidur, dah besar bebal hahaha doktor tak bagi aku morphin sebab operation aku major tapi tak extend atas pusat. So kita teruskan lagi kesakitan tersebut. Masa ni tak boleh makan minum lagi. Sebab takut usus kau belum boleh berfungsi.

Sebab usus ni bila kita sentuh dia kadang-kadang merajuk, so nak kena tunggu merajuk dia habis dulu. After 6 jam baru boleh minum air je. So dah dekat 3 hari tak makan ni, memang aku kurus teruk la haha the next day aku dah boleh jalan dah. Kalau korang taknak jalan pun memang nurse akan paksa kau jalan. After 2 hari dah discharge. Sebab aku muda lagi so aku cepat sikit baik. Tenaga banyak lagi. Lepas operation kena pantang ye. Jaga luka cepat baik. Aku allergic dengan kucing tapi rumah ada kucing so aku banyak kali bersin. Luka berdarah kembali. Kau nak bersin ke nak batuk ke memang minta nyawa la time ni. Sakit amat!

Cyst aku time operation, air dalam tu 2 liter. Korang bayangkan banyak dia macam mana. Aku totally remove ovary kanan sebab dah rosak. Ovary kiri ada cyst juga. Tapi 3cm so dia buang cyst je. Ovary kiri dia simpan sebab aku muda lagi. After 10 days nak buka jahitan sebab major operation. Time nak buka tu kat kerajaan juga. Doktor pelatih tu ganas gila dia kopek kopek luka aku sampai luka aku terbukak balik. Nampak lah daging perut aku masa tu. Aku pasrah jelah masa tu. So doktor balut balik pastu panggil pakar. Pakar kata aku kena cuci daily kat klinik. Ah sudah. Cuci dahlah pedih. Nyut nyut camtu pedih dia. Aku tak post la gambar. Korang pun takut je nak tengok. Aku cuci 3 kali je kat klinik. Pastu aku beli sendiri dressing set pastu cuci kat rumah. Sis stress. Alhamdulillah sekarang dah kering. Tapi sekarang cerita dia ada benang tertinggal pula dalam kulit. Ah stress lagi. Aku malas nak pegi klinik so aku cabut sendiri je. Alhamdulillah tak sakit. 

A close up of a handDescription automatically generated

Sekarang cuma nak tunggu result bulan depan untuk tahu cancer ke tak. Doakan aku ye, semoga semuanya baik-baik. Total kena bayar kat kerajaan hospital untuk stay kat wad second class and operation Cuma RM105 je. Kalau swasta dekat RM20k. Tapi nasihat aku buat lah insurance so boleh pergi private hospital. Hospital kerajaan ni korang faham jelah. Banyak kali juga aku menangis sebab nurse kat situ. Aku baru keluar operation, dia dah suruh aku jalan ambil barang sendiri sebab dia taknak tolong aku. Doktor pelatih pulak buat aku experiment main cucuk-cuck jarum. Tapi jangan risau. Sikit je yang tak okay. Banyak lagi nurse yang baik, doktor yang baik.

Apa pun alhamdulillah semuanya dah lepas. Ni doktor nak cucuk juga even aku mintak panggilkan doktor lain sebab dia  macam tak boleh buat. But still. Oh ya, there’s still takde scientific reason on why cyst ini boleh jadi. Doktor pun tak tahu punca dia membesar kenapa. Tapi my advice, jaga pemakanan. Kita tak tahu apa yang boleh jadi kat diri kita. I’m a huge fan of maggi. So I tahu I kena kurangkan fast food. Eat healthy. Pasal pemakanan I banyak google je sebab doktor pun tak jumpa lagi scientific reason. And cyst ni boleh tunjuk sympton and ada jugak yang senyap je tahu tahu dah besar. So please girls patut aware pasal ini. Kalau ada rasa badan kita pelik sikit, terus check. I dulu pun tak pernah tahu langsung pasal cyst. So now we know, please take care of yourself.