The Curve mengajak para pengunjung untuk mengimbau kenangan Hari Raya Aidilfitri era 90-an dengan kempen ‘Beraya di Kota Raya’, yang berlangsung dari 28 Februari hingga 6 April 2025. Bas mini merah jambu telah menjadi daya tarikan kempen ini, yang suatu ketika dahulu menjadi sebahagian daripada sejarah pengangkutan Malaysia. Untuk mengukuhkan lagi elemen nostalgia, hiasan Raya the Curve dihiasi dengan sebuah rumah kayu kampung yang diinspirasikan daripada Rumah Biru di Kampung Baru. 

Selain merayakan warisan budaya, inisiatif ini juga bertujuan untuk membantu para peniaga tempatan dengan menyediakan lebih 100 reruai jualan Raya. Para pengunjung boleh mendapatkan pelbagai pilihan pakaian Raya, aksesori, kuih-muih serta juadah berbuka puasa. 

Para pengunjung akan dihiburkan dengan persembahan kebudayaan seperti Dikir Barat, Zapin dan Tarian Muzikal Raya. Kanak-kanak juga berpeluang menyertai Bengkel Raya yang menarik, termasuk sesi menganyam ketupat dan membuat kad raya pada hujung minggu.

Sebagai tanda penghargaan kepada pelanggan setia, the Curve menawarkan program Hadiah dengan Pembelian (Gift with Purchase / GWP). Pengunjung yang berbelanja minimum RM200 akan menerima sampul Raya dan pelekat edisi terhad. Manakala, mereka yang berbelanja RM450 ke atas akan menerima beg istimewa dan pelekat eksklusif hasil karya pelukis doodle terkenal, Ann Jaafar, bersama sampul Raya.

Seiring dengan semangat bersedekah, kempen ini dimulakan dengan majlis berbuka puasa bersama kanak-kanak dari Rumah Anak Yatim Damai Kuang, dengan tajaan daripada Flint. Vendor di the Curve turut menyumbangkan barangan keperluan, pakaian baharu, duit raya, hamper, dan kuih-muih bagi memastikan mereka dapat menikmati sambutan Hari Raya yang bermakna.

The Curve juga bekerjasama dengan Suria FM dalam program agihan Bubur Lambuk dari Masjid Kampung Baru kepada para pengunjung. Selain itu, melalui inisiatif #theCurveBelanjaBalikKampung, the Curve dah Suria FM menaja tiket bas VIP untuk peserta yang bertuah pulang ke kampung halaman mereka. Peraduan media sosial turut diadakan, di mana peserta perlu menghantar Pantun Raya paling kreatif bagi berpeluang memenangi tiket bas VIP ke destinasi di utara, selatan, dan timur.

The Street, the Curve akan dilanjutkan sehingga 12 tengah malam pada minggu terakhir Ramadan. Ini membolehkan para pengunjung untuk membeli-belah, menjamu selera serta membuat persiapan Hari Raya dengan lebih masa dan selesa.

Untuk ketahui kempen ini dengan lebih lanjut, sila layari www.thecurve.com.my, Facebook dan Instagram.