
Meriahkan hari anda dengan snek baru yang pasti buat mood kita jadi ceria dan ONZ! Cream-O, jenama yang terkenal dengan biskut berperisa coklat yang sentiasa jadi peneman setia, kini tampil dengan sesuatu yang lebih fun dan fresh iaitu Cream-O Strawberry.
Gabungan biskut coklat rangup dan krim strawberi sebenar dalam setiap gigitan membuatkan snek ini menjadi luar biasa. Rasa manis buah strawberi dan lemak coklat memang ngam, sesuai untuk mereka yang sukakan snek yang lain daripada yang lain. Nikmatinya masa tengah study waktu malam, layan K-Drama atau tengah layan TikTok pun boleh jadi lebih semangat dan mood automatik jadi ceria.
Cream-O Strawberi ini tersedia dalam tiga jenis saiz yang berbeza mengikut mood dan keperluan:
- 64g – RM1.60
- 104g – RM2.60
- 120g – RM2.90
Snek ini lebih enak dinikmati apabila bersama keluarga dan kawan-kawan, meriah dia tu serius tak terkata! Selain itu, ia juga sesuai dijadikan bekal harian, kudapan on-the-go, dan pencuci mulut waktu minum petang. Anda boleh dapatkan Cream-O Strawberi ini di pasar raya utama dan kedai serbaneka seluruh Malaysia.
Kalau korang rasa hidup perlu lebih ‘berry’, inilah masanya nak cuba Cream-O Strawberry. Jom #BerryONZ dengan Cream-O!
Untuk lebih banyak info dan aktiviti menarik, boleh singgah ke laman rasmi Munchy’s atau follow mereka di Instagram @munchys.my dan Facebook Munchy’s.